Di musim perayaan ini, pasti akan ada majlis rumah terbuka menjamu hadirin dengan pelbagai makanan tradisi dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Ketepikan pemikiran taksub kepartian kerana waktu ini adalah tentang kekeluargaan.
Oleh yang demikian, sempena Deepavali ini Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ingin mengucapkan salam kemeriahan kepada seluruh rakyat khususnya penganut Hindu.
Dalam penyampaian ucapan Tiong Lai, beliau mengingatkan kita tentang peri pentingnya perpaduan dan menjaga hubungan sesama kaum. Negara kita, Malaysia terus teguh kerana rakyatnya yang berbilang kaum bersatu. Keharmonian begini hendak terus diperlihara dan diperkukuhkan lagi.
Sepanjang cuti perayaan ini, ramai warga kota sudah merancang pulang ke kampung halaman. Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berharap dan menyeru semua warga berhati-hati di jalan raya supaya selamat tiba ke destinasi.
Jangan terlalu ikutkan emosi ketika memandu. Jika letih berhenti dan berehatlah seketika. Sekali lagi MCA ingin mengucapkan Salam Deepavali!
No comments:
Post a Comment