Monday, November 16, 2015

Ka Siong Kecam Sikap Sewel Alvin Tan



Kesucian Islam sering kali jadi bahan mainan muktahir ini. Ada yang perlekeh ibadah puasa, ada yang mencabar jabatan agama, ada juga yang cuba nak kacau institusi zakat. Perkara ini seperti tiada berkesudahan, hari ini Islam dihina, seminggu kemudian terus tutup buku. 

Tampak begitu namun pihak berkuasa tetap meneruskan siasatan dan meneliti kuasa perundangan yang ada bagi mendakwa si penghina ini. Jadi kebiadapan Alvin Tan yang galak menghina Islam dari Amerika Syarikat tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Lambat laun akan dibawa ke muka pengadilan.

Dulu dia juga yang menghina ibadah puasa dikaitkan dengan 'bak kut teh'. Beliau juga aktif bercerita lucah di facebook yang mendapat reaksi negatif dikalangan facebooker lain. Kali ini sewel Alvin datang lagi apabila memuat naik gambar jijik yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Tindakan Alvin ini mendapat reaksi spontan para pemimpin di negara ini termasuk pemimpin MCA. Timbalan Presidennya, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong mengutuk sekeras-kerasnya kebiadapan Alvin yang dilihat boleh mempengaruhi dan merosakkan akhlak masyarakat negara ini,

"Saya tidak faham mengapa Alvin (Tan) perlu berbuat demikian, saya difahamkan gambar-gambar pemimpin dirosakkan dan dipaparkan di laman Facebooknya itu. 

"Kami berasa kesal terhadap perbuatan kejinya itu" Kata Ka Siong.

Salah seorang Biro MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker turut menemplak tindakan kurang ajar Alvin dan turut melabel Alvin sebagai 'sakit otak'. Kerana kebiadapan Alvin semakin menjadi-jadi setelah dia melarikan diri ke negara Uncle Sam. 

Ramai mengatakan bahawa beliau mendapat suaka di sana dan perlu memperbaharui suaka terbabit setiap tiga bulan. Apa yang dimaklumkan, suaka hanya akan diberikan jika pemohon menerima ancaman yang membahayakan nyawa. Selain itu ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu layak.

Jadi di sini, kita lihat sendiri tiap kali Alvin muat naik kenyataan biadap di Facebook, terutamanya dalam menghina Islam. Sudah tentu pelbagai kencaman keras yang akan diterima di ruangan komen. Termasuk ada yang merancang dan berharap beliau di bunuh. Respon marah ini yang menjadi lesen untuk beliau memperbaharui suakanya.

No comments:

Post a Comment