Wednesday, March 25, 2015

Zahid Jawab Mengapa Mashitah Tidak Ditahan!


Satu persatu puak pembangkang ditangkap kerana melanggar undang-undang. Rata-rata enggan memberikan kerja sama kepada pihak polis setelah mengeluarkan ucapan menghasut malah terus berdegil melakukan perhimpunan haram di sekitar ibu kota.

Pembangkang cuba memperbodohkan rakyat dengan memberi gambaran bahawa mereka ditangkap kerana memperjuangkan rakyat. Ditangkap kerana ini semua konspirasi kerajaan. Ditangkap kerana polis zalim. Seribu macam alasan yang tidak masuk akal. 

Sedangkan matlamat utama pembangkang dalam perhimpunan baru-baru adalah untuk memperjuangkan nasib penjenayah liwat yang sedang dipenjarakan. Lepas pengampunan ditolak bertambah meroyanlah mereka berhimpun. Jadi kata-kata nak perjuangkan rakyat tu hanya wayang opera yang diulang-ulang. Cakap lebih, hasilnya macam biasa. Tak ada!

Penangkapan beberapa pemimpin pembangkang adalah selepas meneliti ada asas menahan individu-individu yang didapati melanggar undang-undang. Langgar undang-undang satu hal! Sampai nak langgar majlis kahwin orang apasal pulak! Hal peribadi pun nak dilibatkan. 

Ternyata PKR-PAS-DAP meletakkan taraf berpolitik pembangkang ke tahap paling memalukan di dunia. Semua perkara hendak dipolitikkan. Sukan pun hendak dipolitikkan. Paling galak, mempolitikkan tugasan polis dalam menjaga keamanan negara. Polis yang terkorban dalam pencerobohan Lahad Datu pun dikata sandiwara. Bongok!

Baru-baru ni, sekali lagi puak pembangkang yakni, Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran pertikai pihak polis. Beliau pertikai mengapa Ketua Wanita UMNO Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak ditahan selepas mengeluarkan kenyataan sensitif kejadian bakar Al-Quran di Kuala Kedah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa penahanan tidak dibuat kerana Mashitah memberikan kerjasama dengan hadir memberi keterangan kepada pihak polis dalam masa 24 jam selepas aduan. 



Pemimpin-pemimpin pembangkang bukan tak tahu prosedur dan tugasan pihak polis. Mereka dah tahu laporan terhadap mereka sudah dibuat. Mereka terus berdiam dan dengan sengaja menanti diri ditangkap supaya dapat dijadikan modal berita media pro pembangkang. Tujuan apa buat semua ni? Sudah tentu persepsi! 

Media pembangkang melaporkan bahawa pemimpin pembangkang yang ditangkap teraniaya. Ditangkap sehingga diperlaku zalim. Supaya rasa simpati timbul dikalangan pembaca dan rakyat. Supaya negara-negara luar dimomokkan dengan kejahatan kerajaan. 

Walhal ini semua adalah strategi asuhan pihak yahudi Amerika yang begitu galak mengubah pemimpin kerajaan di beberapa buah negara. Terutama di Timur Tengah. Segala kerajaan yang tumbang di Timur Tengah jika diperhatikan bermula dari persepsi kecil-kecil yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini. 

No comments:

Post a Comment