Memang bangang giler bila baca pembangkang melalut pasal kisah dandan rambut. Katanya Datin Seri Rosmah Mansor belanja sakan sampai RM1,200 untuk dandan rambut. Dah nama pembangkang, cedok sikit-sikit janji boleh buat cerita burukkan kerajaan. Tapi yang diserang adalah kenyataan peribadi Rosmah.
Selepas meneliti kenyataan Rosmah yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Apa yang diperkatakan adalah "Kalau saya nak cat rambut dekat rumah,dia caj RM1200.amboi mahalnya.Kalau dekat kedai different charge, ni home service"
Dari kenyataan ini jelas ia hanya menunjukkan satu pertanyaan. Ia satu situasi perbandingan harga yang dibuat oleh Rosmah dengan mengambil contoh dandan rambut. Kalau dah tahu mahal takkan nak setuju, sebagai pengguna kita ada hak untuk survey harga dan memutuskan untuk setuju atau tidak dengan harga tersebut. Jadi bangang apa pembangkang cuba mainkan.
Kenyataan tersebut ada dimuatnaik oleh portal pembangkang sendiri dan sudah ramai yang viralnya di blog-blog dan facebook. Jadi pembaca boleh lihat dan dengar sendiri kata-kata Rosmah sama ada ia satu pengakuan atau hanya gambaran contoh.
Lawaknya A Samad Said turut tumpang sekaki nak bagi jenaka dengan selokanya. Tapi dibalas oleh salah seorang pengguna twitter lain yang cukup pedas dan sinis. Memang ni jer makanan otak-otak macam puak pembangkang ni. Tak mampu pertikai dasar, diserang pulak personaliti dan peribadi pemimpin.
Bangang betul depa ni.
No comments:
Post a Comment