Thursday, February 26, 2015

Persiapan Menghadapi Cuaca Panas Melampau!!


Sejak kebelakangan ini kita mula mengalami cuaca panas melampau atau lebih dikenali sebagai fenomena ekuinoks. Fenomena ini akan menyebabkan waktu siang lebih panjang dari kebiasaan dan ianya dijangka berterusan sehingga awal April.

Pada waktu ini kedudukan matahari akan berada lebih dekat dengan bumi terutamanya kepada negara yang terletak di garisan Khatulistiwa. Keadaan ini akan mengakibatkan kita mengalami waktu siang 16 minit hingga 20 minit lebih panjang dari normal.

Kehadiran fenomena ini mampu menjejaskan kesihatan dan juga kegiatan ekonomi terutama kaitan pertanian. Oleh itu pihak kementerian kesihatan dan pertanian sudah mula bersiap sedia menghadapi fenomena ini. 

Jadi beberapa garis panduan telah dikeluarkan bagi memastikan keselamatan diri dan cara menghadapi keadaan cuaca yang panas melampau. Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar pada waktu ini dan banyakan minum air suam dan isotonik bagi mengekalkan bendalir dalam badan sentiasa mencukupi. 

Sebaik-baiknya elak dari terik matahari pada jam12 tengahari hingga jam 3 petang. Dipercayai radiasi UV lebih tinggi dan suhu lebih panas pada julat waktu tersebut. Pendedahan pada cuaca panas dalam tempoh lama akan memberi kesan mendadak kepada organ dalaman badan, penafasan lebih sukar dan otot menjadi lebih mudah kejang.


Tanaman dan ternakan turut terkesan dengan fenomena ini dan perkara ini sudah pasti membantutkan produktiviti pengeluaran produk kaitan pertanian. Situasi kekurangan bekalan makanan diramal berlaku, manakala mutu produk ternakan tidak dapat dikekalkan pada tahap optimum. 

Selain itu, krisis bekalan air sekali lagi menghantui penduduk Malaysia terutamanya warga Lembah Klang. Paras air di beberapa empangan berkemungkinan menurun dan catuan bekalan terpaksa dibuat seperti yang berlaku pada tahun sudah. Jadi segeralah bertindak dalam menjaga kesihatan dan bersiap sedia untuk berhadapan krisis bekalan air dalam beberapa bulan ini.



No comments:

Post a Comment