Friday, February 20, 2015
Kemeriahan Tahun Kambing Antara Pemimpin Dan Rakyat
Wisma MCA sentiasa menjadi tumpuan warga Lembah Klang tiap kali tiba sambutan Tahun Baru Cina. Majlis rumah terbuka anjuran MCA telah dihadiri lebih 20,000 pengunjung dalam dan luar negara bagi turut serta menyambut perayaan tersebut disamping dapat merapatkan hubungan kekeluargaan sesama rakyat Malaysia.
Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis ramah mesra antara pemimpin dan rakyat ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee.
Kehadiran pemimpin besar ini disambut oleh Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai sambil diiringi persembahan tarian singa ke dewan utama. Najib, Rosmah, Muhyiddin dan Norainee bersama-sama pemimpin utama parti komponen Barisan Nasional (BN) lain Presiden MIC, DS G.Palanivel dan Tiong Lai telah meluangkan masa lebih sejam menjamu selera dan menyaksikan persembahan tarian serta nyanyian.
Upacara menggaul 'yee sang' turut dilakukan oleh kesemua pemimpin utama parti iaitu hidangan utama musing perayaan yang dianggap sebagai sajian membawa tuah dalam kalangan masyarakat cina.
Antara pemimpin yang hadir dalam majlis sambutan Tahun Kambing ini adalah DS Hishamuddin, DS Tengku Adnan, Khairy Jamaluddin , Dr S.Subramaniam, DS Manglin Dennis D'Cruz, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Datuk A Kohilan Pillay.
Najid dalam temubual bersama media merakamkan kepercayaan bahawa kesepaduan yang dikecapi hari ini menjadi asas dan menunjukkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersama-sama memperkukuhkan masa depan negara.
No comments:
Post a Comment