Segala pembawakan musuh tampak menepati nilai Islam, hakikatnya terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Modus operandi musuh Islam dari dalam ini adalah dengan memberi ceramah. Lebih membimbangkan apabila penceramah ini sudah mempunyai pengaruh serta pengikut yang ramai di luar negara.
Bila miliki sokongan besar, gambaran psikologinya sudah tentu nampak betul setiap percakapannya terutama bagi yang pertama kali mendengar ucapan penceramah terbabit.
Tidak hairanlah dengan berceramah, musuh Islam mampu menyebarkan idealogi sekularisme, liberalisme, pluralisme, ekstrem, syiah, wahabi dan lain-lain fahaman yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Waljama'ah. Kebimbangan ini sudah pun dibangkitkan oleh Dato Dr Mashitah dalam PAU baru-baru ini.
Antara cadangan yang disuarakan Mashitah adalah supaya penceramah luar negara melepasi dua tahap tapisan sebelum dibenarkan berceramah di Malaysia sama ada di pentas, di dalam rancangan TV mahupun corong radio. Dua tapisan terbabit adalah tapisan keselamatan dan tapisan akidah.
Idea cadangan ini mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang bersetuju dengan idea penapisan ini. Beliau telah menyampaikan hasrat untuk perhalusi cadangan tersebut serta meneliti perlaksanaan mekanisme yang sepatutnya.
Implementasi mekanisme penapisan begini dilihat bertepatan untuk dijadikan benteng awal bagi mengengkang kemasukan fahaman songsang dan gerakan ekstrem melalui penceramah atau pendakwah. Kita tidak mahu negara ini dijadikan markas penyebaran radikal atau pusat merekrut dan berjihad dijalan yang salah.
Ketika ini tiada satu mekanisme yang jelas dan berkesan dalam menapis kemasukan penceramah luar. Rata-rata kelulusan memberi tauliah berceramah ini adalah berlainan mengikut Jabatan Agama Islam negeri-negeri bukan berpusat. Tapi kebiasaanya kelulusan ini diberi kepada penceramah tempatan sahaja.
Sudah tiba masanya kolaborasi dilakukan antara Jabatan Agama Islam negeri dengan Kementerian Dalam Negeri khususnya polis dan Jabatan Imegresen bagi melakukan saringan dengan lebih berkesan terhadap penceramah luar negara.
Ada juga dikalangan penceramah yang cuba dibawa masuk ke Malaysia ini, telah pun disenaraihitam oleh beberapa buah negara di Timur Tengah. Antaranya adalah Dr Ulil Absha Abdallah yang merupakan tokoh liberal Indonesia.
Beliau merupakan tokoh yang dikaitkan dengan penyebaran fahaman liberal termasuk, Ahmad Khan, Fazlur Rahman, Ali Shriati, Aminah Wadud dan ramai lagi. Namun kemasukan Ulil Ahsha ke Malaysia untuk berceramah dan berdakwah berjaya dihalang setelah menerima kencaman orang ramai.
No comments:
Post a Comment