Tuesday, December 30, 2014

Banjir!! "Kita tumpu bantu mangsa..Allah jua penentu segala" - Ehsanuddin


Puak pembangkang sudah hilang nilai kemanusiaan apabila terus menerus menabur fitnah terhadap pelbagai usaha kerajaan pusat dan agensi-agensi seperti bomba, JPAM, polis serta NGO-NGO yang terlibat dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir. Rakyat tengah sengsara macai-macai pembangkang pula sibuk mengutuk dan menghina sepenuh masa.

Mereka ingat air boleh surut dengan menghina. Mereka ingat mangsa banjir boleh kekenyangan dengan fitnah. Mereka ingat segala masalah dapat diselesaikan dengan menyebarkan berita-berita palsu. Mangsa perlukan makanan, air bersih, susu, pakaian, lampin bayi untuk bertahan di pusat pemindahan!

Kalau tak boleh hulur bantuan, jangan pula jadi penghalangnya! 

Bencana banjir yang melanda Pantai Timur kali ini lebih buruk daripada sebelum ini. Lebih 215 ribu mangsa berada di pusat pemindahan dan daripada jumlah tersebut Kelantan paling terjejas teruk dengan lebih 150 ribu mangsa. Bagaimana macai pembangkang ini boleh tergamak berpolitik dalam keadaan begini?

Masih ramai yang jadi pengkritik bebas di Facebook dan Twitter di setiap tindakan kerajaan pusat. Walhal bencana sedang menimpa Tanah Air kita. Mengapa pula usaha untuk menyelamat diletak di bahu kerajaan sahaja?

Sebagai rakyat kita perlu banyakan tindakan membantu, bukan kritikan bercelaru!

Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Ehsanuddin Narrashid yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda turut mengingatkan supaya "terus tumpu buat kerja bantu mangsa sedaya upaya, Allah jua penentu segalanya".


Ramai yang sedia beri pandangan
Ramai yang suka kongsi pengalaman, 
Tak ramai yang tawarkan penyelesaian
Amat kurang ada upaya laksana 
Tanpa disuruh, tanpa diminta

Yang sedang bergemulumang,
Teruskan Usaha mulia,
Biar apa mereka nak kata
Apa yang mereka tak kata kita
Caci, nista, adu domba, fitnah merata


Peringatan ini bukan hanya untuk sukarelawan Felda, malah kepada semua sukarelawan bebas, persendirian, NGO, agensi kerajaan dan lain-lain yang terlibat dalam membantu mangsa banjir. Tidak perlu terikut-ikut rentak pembangkang yang tak habis-habis memfitnah!


No comments:

Post a Comment