Friday, October 31, 2014

Tony Pua Bengap Fahami Struktur Perniagaan FGV



Bila Tony Pua bercakap, orang dah tahu banyak tipunya. Beliau mendakwa Felda Global Ventures Holding (FGVH) diambang kejatuhan dan bakal mengalami nasib serupa seperti syarikat Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan Malaysia Airlines Systems (MAS) yang sedang tenat.

Beliau turut membuat perbandingan FGV dengan syarikat pertanian lain seperti IOI, Genting dan Sime Darby yang dakwa beliau lebih berjaya. Tony juga mendedahkan analisis tiga suku turun naik saham bagi menunjukkan pretasi FGV yang tidak memberansangkan.


Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin yang juga Lembaga Pengarah Felda tampil menyangkal dakwaan Tony tersebut. Pendedahan Tony tampak cerdik bagi mereka yang tidak mengetahui. Hakikatnya bengap jika dinilai oleh mereka yang mengkaji dan memahami perkara sebenar.

Tony jelas tidak faham struktur perniagaan FGV kerana membuat perbandingan yang tidak setara dengan syarikat seperti IOI Group, Genting dan Sime Darby. Sememangnya ketiga-tiga konglamerat ini miliki nama yang gah akan tetapi model perniagaan mereka amat berbeza antara satu sama lain.

Kalau kita lihat pada Sime Darby, hanya 25% pendapatannya adalah  dari segmen perladangan manakala selebihnya adalah perdagangan, perkhidmatan, automobil dan hartanah.

Ia berbeza sekali berbanding FGV yang mana 75-80 peratus pendapatan adalah daripada sektor perladangan. Jadi apabila harga Minyak Sawit Mentah (CPO) turun, sudah tentulah nilai saham akan terkesan banyak. Namun ia sedikit pun tidak melemahkan operasi FGV di seluruh dunia.

Ini berikutan perancangan jangka panjang FGV yang dilihat mampu mengekalkan keyakinan para pelabur. Antaranya adalah penanaman semula 15 ribu hektar yang akan berjalan berterusan dan ini pasti dapat pertingkatkan profil untuk 15 tahun akan datang.

Tuduhan mengatakan saham FGV merundum adalah tidak tepat. Sewaktu kemasukan FGV ke bursa, harga IPO adalah RM4.55 dan tiba-tiba naik mendadak kepada RM5.39. Ramai penganalisa tidak menjangkakan kenaikan begini namun ia telah pun berlaku ketika itu.

Selepas itu ia turun sehingga RM3.00, sekali lagi penganalisa tidak menjangkakan kejatuhan begini. Akan tetapi bagi yang biasa dalam jual beli saham akan memahami kerana ia merupakan satu behaviour pasaran yang adakalanya berlaku kerana prospektus terlalu ghairah membeli dan seterusnya menjual. Sekarang harga saham terus stabil dan kini menokok kepada RM3.50.

Jangan kita pula ghairah melihat kejatuhan ini hanya berlaku pada FGV. Sedangkan mana-mana syarikat yang miliki perladangan akan turut terjejas. Jadi ini bukan satu fenomena terarah kepada FGV, ini satu trend global.

Mungkin Tony terlalu ghairah hendak menyerang kredabiliti FELDA yang bakal menerima lonjakan di masa akan datang. Ini bukan andaian, kerana harga sawit diunjur meningkat kepada RM2,500 pada suku pertama 2015 berbanding RM2,300 kini.

Dulu pembangkang tuduh FELDA bankrap dan terbukti ia tidak benar. Selepas tu dituduh pula kita jual pada Israel kemudiannya minta maaf. Difahamkan dalam manifesto Langkah Kajang mereka sebut nak serang saham-saham GLC termasuk FGV.

Kita harus ingat warga FELDA miliki 20% saham FGV yang nilai berjuta. Tindakan pembangkang yang sengaja memburuk-burukkan FGV bertujuan mempengaruhi keyakinan pelabur dan menjejas pendapatan FELDA. Secara tidak langsung, pembangkang sebenarnya cuba untuk menutup periuk nasi warga FELDA.

Apakah Tony cuba untuk membunuh pendapatan warga FELDA? Anda sendiri boleh menilainya.


No comments:

Post a Comment