Monday, September 15, 2014
Ziarah Mesra Bersama Warga Sedili
Ahli Parlimen (MP) Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin tidak pernah jemu turun padang bertemu dan beramah mesra dengan warga Kota Tinggi khususnya. Beliau kali ini mengambil peluang menjenguk warga DUN Sedili yang terdiri dari empat buah kampung iaitu Kampung Sayang, Kampung Gembut, Kampung Mawai dan Kampung Sedili Kechil.
Kehadiran Ehsanuddin ini sememangnya dinanti oleh warga Sedili yang mahu melihat lebih dekat pemimpin yang disegani lawan dan kawan. Ada yang sudah bertemu beliau dalam program-program sebelum ini. Namun masih ramai mengenali beliau dari nama dan gambar sahaja. Kali ini dapatlah jumpa orangnya.
Dalam lawatan di Sedili, program walkabout "Ziarah Mesra: Jainan Murni" telah diatur bagi memastikan keselesaan warga Sedili. Aspirasi program ini memberi pendekatan "Mesra Bersatu Bersama Rakyat" sekaligus selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya usaha menjiwai rakyat berterusan dilakukan oleh para pemimpin.
Ziarah Mesra ini turut dijayakan dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, Pejabat ADUN Sedili, PEMUDA dan PUTERI. Agensi-agensi ini menjalankan peranan mereka dengan komited bagi memastikan matlamat program ini tercapai.
Seperti program turun padang yang lain, Ziarah Mesra ini juga tidak sesekali lupa akan golongan kurang bernasib baik. Fakir miskin dan kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan mendapat perhatian Ehsanuddin dengan penyampaian sumbangan dan bantuan yang sewajarnya.
Program Ziarah yang diketuai oleh Ehsanuddin ini melibatkan 30 buah rumah dan ternyata kehadiran beliau telah mengukir seribu senyuman mesra buat tuan-tuan rumah. Setiap lawatan dijadikan peluang untuk berinteraksi bagi mendengar permasalahan setempat supaya tindakan susulan dapat diambil bagi mengatasinya.
Melihat kepada keakraban warga Sedili bersama Ehsanuddin memaparkan bertapa hidupnya nilai kekeluargaan dan persaudaraan antara pemimpin dan rakyat. Ramai warga Sedili berharap aktiviti begini dibuat lebih kerap dapat kerana segala luahan dapat disampaikan secara terus kepada pemimpin itu sendiri.
No comments:
Post a Comment