Wednesday, September 10, 2014
Menyelami "Wasatiyyah Dalam Al-Quran & Sunnah" Oleh Syed Hamid
Itulah tajuk buku yang diterjemahkan oleh Tan Sri Syed Hamid. Mungkin ramai memandang remeh akan usaha terjemahan ini. Sebab bagi mereka bukan Syed Hamid Albar yang menulis buku tersebut.
Memang tak dinafikan, dikulit buku tersebut pun jelas tulis diterjemah dari Bahasa Inggeris oleh Syed Hamid Albar. Apa nak dibanggakan? Itu bunyi sumbang yang kedengaran. Tak tahu apa yang sakit hati, dengki dan iri hati sangat suara-suara sumbang ini terhadap Syed Hamid.
Rasanya terjemahan buku dari suatu bahasa ke bahasa lain bukanlah perkara baru. Berpuluh ribu malah mencecah ratusan ribu buku telah diterjemahkan dari bahasa asalnya.
Kebiasaannya buku yang diterjemah mempunyai nilai pasaran dan ilmiah yang tinggi untuk dijadikan sumber rujukan. Jadi apa nak dihairankan dengan usaha Syed Hamid menterjemah buku ini. Tak nampak perlunya nak sakit hati.
Penulis asal buku ini adalah Mohammad Hashim Kamali dengan tajuk asal bahasa Inggerisnya "Moderation and Balance In Islam: The Quranic Principle of Wasatiyyah". Hashim Kamali merupakan tokoh yang berpengaruh dalam intelektual Islam dan pernah berkhidmat sebagai Professor Perundangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kini beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia. Hashim Kamali telah menghasilkan berpuluh buah buku ilmiah berkaitan perundangan serta isu semasa berkaitan Islam dan rata-rata hasil nukilannya adalah dalam bahasa Inggeris yang menjadi sumber rujukan masyarakat dunia.
Mungkin nampak mudah. Ya lah buat terjemahan sahaja. Tapi bagi yang berpengalaman dalam membuat terjemahan buku atau artikel dari satu bahasa ke bahasa lain akan berkata "Tidak semudah itu".
Kerana penterjemah bukan sahaja perlu memikirkan perkataan yang bersesuaian, akan tetapi perlu melihat keseluruhan konteks dan menyelami buah fikiran yang cuba disampaikan oleh penulis asalnya. Barulah mesej yang bahasa Melayu selari dengan mesej dari bahasa Inggeris.
Perisik pernah membaca beberapa artikel terjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Berkerut-kerut cuba memahami mesej yang cuba disampaikan dalam artikel terjemahan bahasa Melayu tersebut. Apabila merujuk kembali kepada artikel asal, barulah jelas maksud yang ingin disampaikan.
Syed Hamid sendiri telah menghasilkan beberapa buah buku. Ketika pelancaran buku terjemahan Wasatiyyah dalam Al Quran dan Sunnah ini. Beliau sendiri menyatakan bahawa buat terjemahan ni lebih mencabar dari menulis buku sendiri.
Kerana sebagai penterjemah buku ilmiah Islam ni, kita perlu memastikan semuanya tepat dengan makna asalnya bagi mengelak pembaca tersalah faham. Jika tidak pembaca akan mengamalkan perkara yang menyimpang. Berat tanggungjawab yang dipikul oleh penterjemah.
Apa-apa pun sebagai penuntut eloklah dikaji selidik ilmu yang diterima. Jangan di terima bulat-bulat. Tahniah kepada kejayaan Syed Hamid yang dalam kesibukan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Masih berpeluang menyiapkan terjemahan ini.
No comments:
Post a Comment