Wednesday, August 27, 2014

Agensi ANGKASA Perjelas Fenomena Bulan Berkembar 27 Ogos!


Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan ini menafikan mesej-mesej di laman sosial dan juga pesanan ringkas yang mula tersebar berkenaan dengan kemunculan Bulan Berkembar dan juga Planet Marikh akan membesar seperti Bulan pada 27 Ogos 2014 (Hari ini).

Ia merupakan mesej lama yang telah tersebar sejak 2003 lagi. Adalah dimaklumkan bahawa jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan adalah 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti dikhabarkan.

Pada jarak ini, Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam, Marikh juga akan terbenam sekitar 12 tengah malam dan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu.

Manakala bagi keterangan berkenaan dengan Bulan berkembar dan juga gambar yang diolah semula itu, adalah jauh dari kebenaran. Seperti yang kita sedia maklum, Bumi hanya mempunyai sebuah satelit semulajadi iaitu Bulan yang sentiasa dapat kita lihat.

Untuk makluman juga, Bulan pada malam 27 Ogos tersebut adalah pada fasa anak Bulan dan bukannya Bulan penuh seperti yang dinyatakan dalam mesej-mesej tersebut. Bulan juga tidak lagi kelihatan pada awal 12 malam. Fasa bulan penuh yang terdekat adalah pada 11 Ogos 2014 dan 9 September 2014.

Menambah kepada dua fenomena palsi ini ia didakwa berlaku lagi pada tahun 2287. Fenomena ini adalah tidak benar sama sekali dan tidak akan berlaku pada masa akan datang. Kelemahan helah ini adalah ketiadaan sumber penulis dan rujukan dari hasil penulisannya. Dan masyarakat Malaysia harus lebih bijak dalam menyampaikan berita dan juga mencari kesahihannya sebelum memanjang-manjangkan berita palsu seperti ini.

No comments:

Post a Comment