Skim baharu ini dibentuk bagi membantu pengendali bas henti-henti terutamanya di kawasan luar bandar yang mengalami masalah kewangan untuk meneruskan operasi.
Skim yang bakal diperkenalkan ini akan dilaksanakan di Kota Tinggi dan Kluang pada akhir tahun ini sebelum diperluaskan ke lokasi lain.
Kelainan pada skim ini adalah pengendali perkhidmatan bas tidak perlu bimbang untuk mengutip bayaran tiket kerana sistem bayaran menggunakan kad akan diadaptasi bersama skim ini.
Dengan ini setiap transaksi pengguna ketika menaiki bas henti-henti akan direkodkan ke dalam storan komputer yang dipasang pada bas terbabit.
"Kita akan semak rekod itu, kemudia membuat bayaran penuh kepada pengendal bas mengikut perjalanan yang dibuat oleh penumpang" kata Syed Hamid.
No comments:
Post a Comment