(gambar hiasan)
Satu daripada lapan gerabak keretapi Ekspres Wau dilaporkan tergelincir di kilometer (KM)80 Kemayan-Triang 1.50 pagi tadi (8 Julai 2014). Keretapi yang membawa 200 orang penumpang itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.Tiada penumpang yang cedera dan 79 penumpang yang sebelum itu berada di gerabak tergelincir tersebut telah dipindahkan ke gerabak hadapan. Perjalanan diteruskan seperti biasa setelah koc yang tergelincir itu dipotong.
Bulan lepas, jajaran Gemas-Gua Musang ini sepatutnya dijadualkan tutup sementara oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa 27 Jun. Namun ditangguhkan setelah KTMB membuat rayuan dengan mengambil kira pandangan Kesatuan Pekerja KTMB (RUM).
TIdak sampai sebulan rayuan dikemukakan, berlaku pula insiden. Jangan pula menunding kesalah kepada SPAD, kerana rayuan diterima setelah mempertimbang syarat-syarat yang perlu dipatuhii oleh KTMB. Terperinci boleh baca di artikel DI SINI.
Dari apa yang perisik fahamkan, SPAD akan mengambil tindakan penutupan serta-merta jika ada insiden-insiden yang berlaku sepanjang tempoh penangguhan penutupan sehingga Ogos nanti. Tiada komen diterima dari pihak SPAD setakat ini.
*gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment