AirAsia Terbabas Di Airport Brunei
Sebuah kapal terbang AK278 milik Air Asia telah dilaporkan terbabas keluar landasan ketika mendarat. Kejadian berlaku pada 4 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Kesemua penumpang dan kru telah dibawa keluar dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Sejumlah 102 orang penumpang dan tujuh kru berada di dalam pesawat terbabit sewaktu insiden berlaku.
Petugas penyelamat Air Asia telah bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan operasi menyelamat dan membantu penumpang dan kru yang terlibat.
Difahamkan pihak Air Asia telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi melakukan siasatan dalam mencari punca sebenar pesawat boleh terkeluar landasan. Laporan lanjut akan diwar-warkan oleh Air Asia.
No comments:
Post a Comment