Saturday, June 28, 2014

Parkir & Gerak Kini Di LRT Ampang


Bagi yang duduk disekitar Ampang, ambilah kesempatan ini dengan memanfaatkan perkhidmatan rel LRT di sana. Kerana stesen LRT Ampang kini sudah mempunyai kompleks parkir bertingkat bagi memudahkan Parkir & Gerak (Park n' Ride).

Parkir bertingkat Ampang yang mempunyai lebih 1,000 petak ini telah pun mula beroperasi sejak 1 Jun 2014. Terbinanya kompleks 5 tingkat ini diharap dapat menjadi satu tambah nilai kepada perkhidmatan LRT Ampang bagi menarik lebih ramai pengguna menaiki perkhidmatan awam.

Perasmian kompleks telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini, dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan serba moden serta kemudahan yang mengutamakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Wanita. 



Muhyiddin Yassin yakin transformasi yang dipertanggungjawabkan kepada Surahanjaya Pengangkutan Awam Darat dilihat mampu mencapai sasaran 25% yang ditetapkan oleh kerajaan menjelang 2015, memandangkan tahun ini ia telahpun menunjukkan peningkatan 21 peratus, berbanding empat tahun lalu

Pengerusi Kumpuan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata pembinaan kompleks bertingkat ini adalah satu lagi inisiatif Kumpulan berkenaan untuk meningkatkan peratusan pengguna pengangkutan awam di ibukta ini, yang kini masih di tahap yang rendah.

"Kompleks ini adalah yang kedua dibina Prasarana selepas Kompleks parkit bertingkat stesen LRT Gombak yang dibuka tahun lepas. Selain itu dua kompleks ini, Prasarana turut mengendalikan beberapa kawasan parkir dan gerak di stesen-stesen yang bersesuaian." kata Ismail Adam.



Turut hadir dalam majlis pelancaran ini adalah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengarah Prasarana, Dato' Sri Shahrif Mokhtar.



Menurut Ismail Adam, kawasan-kawasan yang bakal dibina dengan kemudahan Parkir dan Gerak itu termasuk 14 stesen-stesen baru di jajaran sambungan LRT untuk kedua-dua laluang Ampang dan Kelana Jaya, yang kini dalam pembinaan dan dijangka siap dalam masa dua tahun lagi.





Sila pastikan membawa kad MYRAPID bersama, kerana medan parkir ini hanya menerima kad MYRAPID untuk pembayaran. Sila pastikan baki anda mencukupi sebelum membuat pembayaran. Mesin tambah nilai kad MYRAPID disediakn dikawasan lif aras 1B. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi talian 03-78852585 atau berkunjung ke laman www.myrapid.com.my.


No comments:

Post a Comment