Friday, June 13, 2014

Lori Lebih Muatan Perosak Jalan Raya!!


Rosak, berlubang, merekah atau lebih mudah HANCUR. Begitulah keadaan jalan raya yang mengalami kerosakan parah akibat menjadi laluan lori-lori lebih muatan. Baru sahaja perbaiki, tak sampai seminggu dah berlubang-lubang. 

Walaupun beratus operasi dilakukan seluruh negara bagi mengengkang sikap pentingkan diri syarikat pemilik lori ini. Ia tidak menunjukkan sebarang tanda keinsafan dikalangan pemilik malah lebih ligat mengira untung tanpa peduli nasib serta hak pengguna lain.

Sikap pemandu lori ini ibarat barah yang amat sukar untuk kita buang atau hilangkan seratus peratus. Hari ini buat operasi, besok dah muncul balik deretan lori-lori lebih muatan ini. Adakalanya hari yang sama mereka dah buat kepala bagai tindakan serta denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa macam celah gigi je mereka langsaikan.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini telah mengadakan satu operasi khas yang dikenali sebagai OPS HIPPO bagi mengenal pasti dan menahan lori lebih muatan di sekitar Puchong.

Operasi yang diketuai oleh Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Dato Paduka Che Hasni Che Ahmad dilaksanakan setelah mendapat berpuluh-puluh aduan oleh penduduk sekitar Puchong yang sudah muak dan sakit hati melihat keadaan jalan raya yang rosak teruk.



Seramai lapan pegawai serta 27 orang anggota terlibat dalam operasi khas ini. Tidak lupa pihak polis yang berada di sekitar kawasan menyamar dengan berpakaian preman.
Kehadiran polis ini penting bagi memantau dan bertindak jika ada situasi tidak diingini berlaku.

Dalam kesibukan pegawai SPAD melakukan tugasan, ada juga kelibat tonto yang datang menyibuk melihat lori-lori yang mereka jaga ditahan. Dengan kewujudan pelbagai teknologi perhubungan masa kini, tonto ini sudah pun menyebarkan maklumat kepada pemandu lori lain mengenai operasi SPAD ini. 

Keadaan ini membuatkan pemandu lori lebih muatan menghentikan kerja mereka atau menukar laluan sehingga operasi khas tamat. Perkara inilah yang menyukarkan usaha pencegahan yang mampan. 

Namun begitu, SPAD berjaya menahan sebanyak 25 lori atas pelbagai kesalahan. Daripada jumlah itu, 12 buah lori kesalahan lebih muatan, 12 buah lori mengubah suai panel sisi dan satu atas kesalahan menghalang tugasan pihak berkuasa.



Untuk maklumat sejak Jun 2011 hingga ke hari SPAD telah menahan sebanyak 4,820 buah lori. Pada tahun ini sahaja Ops Hippo telah menahan 1,390 buah lori dengan pelbagai kesalahan lebih muatan, pelanggaran keselamatan, tayar botak, lebih cc, bawa muatan yang tidak selamat dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment