Sunday, April 27, 2014

SPAD Tampil Formula Minimum Risiko Nahas Bas


Aplikasi penggunaan tali pinggang keledar dan "Speed Limiter" adalah antara formula yang dicadangkan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan bas.

Tali pinggang keledar bukanlah satu yang baharu diperkenalkan dalam perkhidmatan bas ekspres. Akan tetapi idea yang ingin diutarakan oleh pihak SPAD adalah dengan menerapkan konsep ketika menaiki kapal terbang. Di mana staf penerbangan memberi demonstrasi penggunaan tali pinggang keledar serta peringatan keselamatan sebelum berlepas.

"Saya menganggap pelaksanaan ini sangat mustahak kerana sebagai contohnya, apabila penumpang tidak memakai tali pinggang keledar dan tiba-tiba berlakunya kemalangan, risiko untuk penumpang tercampak keluar adalah tinggi kerana tiada ciri-ciri keselamatan dalam bas itu" kata Syed Hamid

Selain daripada itu, pengenalan kepada "Speed Limiter" juga harus diperkenalkan kepada pengusaha bagi memantau kadar kelajuan bas ketika dalam perjalanan.


"Pengusaha bas perlu memperkenalkan 'speed limiter' dan juga 'Global Positioning System' (GPS) di dalam bas supaya setiap pergerakan dan lokasi perjalanan bas ekspres boleh dipantau dari jauh serta mematuhi undang-undang keselamatan jalan raya" jelas Syed Hamid

Difahamkan penggunaan tali pinggang keledar di setiap tempat duduk bas ekspres serta persiaran akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2015 dan perkara ini telah pun diumumkan oleh Timbalan Menter Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Langkah ini berikutan semakin kerap berlaku nahas bas ekpres sehingga melibatkan kehilangan nyawa. Dijangkakan beberapa tindakan pencenggahan susulan turut diperkenalkan bagi memastikan keberkesanan usaha meminimumkan risiko kemalangan ini.

No comments:

Post a Comment