Sunday, April 13, 2014
SPAD Siasat Terperinci Kemalangan Bas Di Bentong
Pada 20 Ogos tahun sudah, kita dikejutkan dengan insiden kemalangan bas di Genting Highlands, Pahang. Baru-baru ini 12 April, satu lagi kemalangan maut berlaku sehingga mengorbankan tiga penumpang termasuk pasangan suami isteri.
Kejadian yang berlaku pada 12.30pagi di KM11, Jalan Bentong-Raub ini melibatkan sebuah bas dua tingkat milik Transnasional yang terbabas sebelum merempuh beberapa tiang elektrik sebelum terbalik. Ketika itu bas terbabit dinaiki oleh 68 orang penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan siasatan terperinci ke atas syarikat bas terbabit dengan meneliti aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan bas milik syarikat. SPAD juga akan berkerjasama dan sedia membantu semua agensi penguatkuasaan yang menjalankan siasatan mengenai kemalangan ini.
Sehubungan ini, pihak SPAD juga tidak akan berkompromi dan pasti mengambil tindakan tegas ke atas pengendali sekiranya mereka melanggar syarat - syarat yang termaktub dalam pekeliling serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai:
Seorang warga Somalia, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31; dan
isterinya Zarifah Alias, 26,
Serta seorang lelaki, Suhaisam Che Abdulla, 33.
Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
10 mangsa yang cedera pula termasuk pemandu bas berkenaan:
Wan Khairul Affendi Mustafa, 35
Ruwaidi Jusuh, 35
Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20
Norzamera Abd Manaf, 24
Low Wan Yi, 23
Siti Nabila Mohd Nasir, 23
Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22
Wan Muhamad Husin Abdullah, 54
Faizah Abdullah, 89; dan
Seorang warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.
No comments:
Post a Comment