Sunday, February 16, 2014

Pemandu Lori Mengamuk! SPAD Rajin Sangat Buat Kerja!


Kalau marah tak buat kerja kita fahamlah! Tapi lain pula kisahnya apabila 50 pemandu lori tanah dan batuan membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di JPJ Taman Daya, Johor Bahru pada 12 Februari lepas.

Kesemua 50 pemandu lori tidak puas hati dengan kekerapan operasi yang dijalankan oleh SPAD walaupun ianya mengikut SOP. Walhal SPAD telah diberi amanah mengawalselia dan menguatkuasa undang-undang yang telah diwartakan bagi menjaga kepentingan awam.

Statistik menunjukkan sebanyak 674 kesalahan telah dilakukan oleh pemandu-pemandu lori di Zon Selatan sejak 2013 sehingga Januari 2014. Kesalahan yang paling ketara adalah lebih muatan!

Membawa lebih muatan ini jelas perbuatan yang membahayakan pengguna jalanraya yang lain. Lihat sahaja bagaimana keadaan jalan apabila menjadi laluan utama lori yang membawa beban terlalu tinggi. Jalan-jalan terbabit pasti akan rosak, berlubang, beralun dan merekah. 


Selain daripada itu, seringkali juga kita melihat bahan-bahan yang dibawa oleh lori lebih muatan ini jatuh bertaburan di jalanraya. Perkara ini sering merosakkan cermin-cermin kereta serta membahayakan penunggang dan pembonceng motosikal.

Jadi apa yang cuba diperjuangkan oleh para pemandu lori dalam bantahan ini? Adakah mereka cuba berjuang untuk terus bebas melanggar undang-undang??! Sebab kalau dilihat pada apa yang cuba dilakukan memang menjurus ke arah itu.

Ternyatalah bantahan yang dilakukan bukan sahaja tindakan sia-sia, malah  mencerminkan kerendahan moral dan sikap pentingkan diri sendiri pemandu lori. Pemandu lori yang membantah ini perlu ingat, bagaimana dengan pengguna jalanraya yang lain? Mereka juga ada hak untuk keselesaan dan merasa selamat di atas jalan raya.

Kejadian ini menunjukkan bertapa kedudukan SPAD ni, mudah menjadi sasaran amarah pelbagai pihak. Bila rajin buat kerja pun salah. Kalau tak buat kerja lagilah salah. Lebih kacau jika berlaku pula kemalangan, pasti SPAD akan menjadi favorite target untuk dipersalahkan.


No comments:

Post a Comment