Lesen Ditarik! Amacam ada berani! Sia-sia hilang punca pendapatan. Jadi janganlah buat pasal.
Rasanya dikalangan pembaca sendiri pernah melaluinya apabila melihat sendiri kelibat bas atau lori yang pelesit di jalan bandar dan lebuhraya. Perasaan apabila bas atau lori melalui sisi kenderaan anda sudah cukup membuatkan anda seriau kerana deruman kuat enjin bas/lori dan tiba-tiba kenderaan anda terasa terbuai ketepi.
Bila ini berlaku anda secara automatiknya akan memperlahankan kenderaan bagi memastikan bas atau lori yang pelesit tak tentu pasal itu melepasi jauh dari anda. Kerana anda rasa selamat berbuat demikian.
Perasaan bahaya itu sudah boleh anda rasai sebagai pemandu kereta. Tetapi bagaimana pula jika anda merupakan penumpang di dalam bas terbabit. Rasanya boleh kecut perut melihat gaya pemanduan ala F1 bas yang dinaiki. Bagi menghilangkan ketakutan tindakan mudah adalah dengan melelapkan mata dan berdoa agar sampai dengan selamat ke destinasi.
Ada juga penumpang yang berani bertindak menegur pemandu terbabit. Malangnya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pemandu buat tak tau dan meneruskan tindakan biadap melanggar undang-undang. Cara terbaik yang patut dilakukan adalah dengan menghubungi talian hotline SPAD 1-800-88-7723 bagi melaporkan salah laku ini.
Pastikan anda mengenalpasti jenis bas, no pendaftaran, syarikat bas dan lain-lain bagi memudahkan tindakan undang-undang dikenakan. Ambil gambar bas dan pemandu tu sendiri kalau boleh. Smartphone sekarang dah canggih rakaman video mungkin dapat menjadi bukti kukuh untuk membuat pendakwaan.
Untuk pengetahuan sejak 2010, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mewajibkan bas persiaran dan bas ekspres dilengkapi dengan Global Positioning System (GPS) sebagai salah satu syarat perlesenan. Penggunaan GPS ini, membolehkan pengendali dan juga SPAD memantau setiap perjalanan dari pelbagai aspek keselamatan termasuk pelanggaran had kelajuan.
Tetapi masih ramai para pengendali bas gagal mematuhi arahan yang sudah jatuh hukum WAJIB ini. Oleh sebab sikap sambil lewa pengendali bas ini pihak SPAD tidak akan berkompromi lagi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pengendali didapati melanggar had laju.
SPAD akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengesan dan menghukum mereka yang melanggar peraturan had laju yang melibatkan semua kategori bas dan kenderaan berat. Mereka yang didapati melanggar peraturan itu boleh digantung lesen pengendali mengikut Seksyen 27, 45 atau 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
No comments:
Post a Comment