Akan tetapi peresepsi sebegitu tidak lagi relevan dan ini terbukti benar apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah berjaya membariskan anggota penguatkuasa yang berwibawa dengan kelayakan akademik minimum diploma. Jangan terkejut kerana ada juga di antara unit penguatkuasa ini memiliki ijazah dalam bidang forensik, statisktik dan lain-lain. Hebat!
Perkembangan ini merupakan satu langkah positif bagi membuka mata masyarakat supaya tidak lagi memandang rendah keintelektual pegawai penguatkuasa khususnya SPAD. Ia merupakan satu anjakan paradigma bagi mentransformasikan unit penguatkuasa kaitan kerajaan ke tahap yang lebih tinggi.
Pada Jumaat, 20 September lalu, pihak SPAD telah mengadakan perbarisan tamat latihan kursus asas dan induksi bahagian penguatkuasa. Nampaknya keperluan unit penguatkuasa SPAD semakin ditagih bagi memastikan polisi dan akta kaitan pengangkutan awam darat dipelihara demi kepentingan rakyat.
Dalam mencari prospek penguatkuasa, proses saringan telah dilakukan terhadap sejumlah 15,000 permohon! Dari jumlah besar ini, seramai 750 orang telah dipanggil temuduga dan yang berjaya akan dipanggil menyertai latihan.
Dari jumlah peserta yang besar itu tadi hanya 94 orang sahaja berjaya sampai ke peringkat tamat latihan. Memang tinggi benchmark untuk layak menjadi sebahagian keluarga besar SPAD!
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid ketika ditemui di majlis tamat latihan di Pusat Latihan Polis Tentara (PULAPOT) memberitahu media: "Dalam kita menghadapi masa depan yang penuh mencabar, cara kita ambil orang tak boleh ikut jumlah semata-mata, tapi kita tekankan kepada kualiti. Sebab itu kita ambil ramai graduan".
Turut hadir di majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dan Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan, Mej Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad.
Untuk makluman sehingga ke hari ini unit penguatkuasa SPAD mempunyai 402 orang anggota dan dengan angka yang kecil ini mereka telah berjaya melakukan 311,169 pemeriksaan kurang dari tiga tahun iaitu dari 31 Januari 2011 hingga 21 Ogos 2013. Daripada jumlah pemeriksaan tersebut sebanyak 10,027 kes telah direkodkan dengan pelbagai kesalahan kaitan pengangkutan awam darat.
Angka ini sudah cukup menceritakan segala kemampuan SPAD yang semakin efisien di bawah pentadbiran Syed Hamid. Kejayaan ini tidak mampu dilakar tanpa kecekapan dan kerjasama seluruh warga kerja dari pelbagai unit di dalam SPAD itu sendiri.
Senarai pelatih terbaik:
Pelatih Ketabahan Terbaik - PP Mohamad Faiz Ahdon
Pelatih Tempur Tanpa Senjata Terbaik - PP Mohd Hizam Hussein
Pelatih Akademik Terbaik - PP Nurul Amirah Zahari
Penuntut Kawad Terbaik - PP Khairil Khir bin Jamil Khir
Pelatih Keseluruhan Terbaik - PP Mohd Firdaus Ghosni
Platun Terbaik - Platun 3.
Gambar: OB21
No comments:
Post a Comment