Ia bertepatan dengan langkah transformasi yang dilaung-laungkan bagi menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik, terbuka dan inklusif. Dengan format baru kali ini, bakal calon perlulah mempunyai bukti dan track record yang bagus kerana beribu-ribu perwakilan ini sudah pasti memerhati lama calon-calon sejak dari awal lagi.
Jika para perwakilan masih punya keWARASan! Mereka wajib menolak jenis calon yang tak sudah-sudah bagi amaran SERTA calon yang penuh dengan kontroversi dan sering menjadi modal mainan serangan pembangkang. Ini sebagai contoh saja.
Apa yang penting para perwakilan perlu merenung kembali kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dalam sidang media pada 26 Julai 2013. Kerana ia seolah-olah memberi tips dan benchmark kriteria calon yang patut dipilih pada PAU nanti.
"Kita tengok kepada keadaan dalam parti kita di mana dengan kedudukan berdasarkan pada perlembagaan baru, saya yakin ahli-ahli Umno dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan Umno di atas asas yang lebih kukuh, dan mereka itu boleh diterima oleh parti dan rakyat.Walaupun pelbagai transformasi sudah dibuat. Malangnya wujud pula gerakkan untuk melantik mereka yang tidak kredibel dan jelas liabiliti kepada parti untuk ke jawatan tertinggi.
Inilah yang paling penting sekali, kerana kita bukan sahaja nak pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya sekali” kata Najib.
Kalau si liabiliti-liabiliti ini dilantik, segala wacana transformasi yang diperkatakan Najib bakal menjadi bahan KETAWA dan dianggap "cakap tak serupa bikin".
Lihat sahaja kegoyahan pergerakan WANITA yang sering menjadi sasaran mudah buat pembangkang untuk diserang kerana dek 'seorang wanita'! Kalau diperhatikan, seorang wanita itu pun dari awal-awal lagi langsung tidak menepati benchmark yang dinyatakan tadi:
- "..mereka itu boleh diterima oleh parti dan rakyat"
- "..kita bukan sahaja nak pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihanraya sekali"
MUNGKINlah ramai ahli parti menyokongnya. Tapi apa guna sokongan dalaman jika diluar tidak diterima RAKYAT. Kalau dah sampai tengok muka sahaja majoriti rakyat dah tarik muka mencebik. Maka usaha parti untuk menyampaikan mesej kepada rakyat pasti akan menemui kesukaran sama sekali.
Oleh itu para perwakilan eloklah mencongak kembali mengikut benchmark seterusnya, adakah beliau berjaya dalam parti dan pilihanraya? Adakah beliau calon yang menang pada PRU lepas?
Kalau dah kalah dalam pilihanraya, sepatutnya sudah cukup untuk kita membuat keputusan bahawa calon tersebut tidak layak. Kerna bila rakyat sendiri sudah menolak, bagaimana mungkin dia mampu memacu pergerakkan untuk mendampingi rakyat!
Janganlah gebang mendabik dada mengatakan diri layak, kerana mendapat majoriti sokongan daripada 3.2 juta ahli parti. Walhal realiti utamanya adalah usaha meraih majoriti sokongan lebih 13 juta pengundi bagi mengekalkan kelangsungan parti terus relevan sebagai kerajaan.
Itu kalau cerita calon yang kalah pilihanraya. Bagaimana pula jika calon itu dahlah kalah PRU12! Dah tu, tidak dicalonkan langsung pada PRU13! Rasanya ahli akar umbi boleh fikir sendiri keputusan yang sepatut-patutnya diambil untuk kategori khas macam ni.
Cukuplah sekali dengan perlantikan orang kalah ke jawatan tertinggi parti dan kabinet. Lakukan transformasi demi UMNO umumnya dan pergerakkan WANITA khususnya, pada PAU nanti.
Jangan jadikan kesilapan seorang wanita menjadi sebuah kesilapan pergerakan WANITA dan UMNO seluruhnya!
p/s: warm-up sikit!
No comments:
Post a Comment