Monday, September 30, 2013

Capaian Maklumat Lebih Mudah Dengan MySPAD


Transisi teknologi yang begitu pesat menjadikan telefon bimbit yang dulunya sebesar bateri kereta. Terus berevolusi menjadi sebuah gajet nano pelbagai fungsi yang tidak terhad kepada komunikasi semata-mata. 

Sebut sahaja apa yang anda mahu, ambil gambar, hantar email, melayari internet, storan data, sistem gps, permainan video, transaksi perbankan, merakam video atau suara, e-book, diari, saham dan macam-macam lagi dapat dilakukan dengan hanya sebuah alat tergenggam di tapak tangan anda.

Melihat kepada trend ini, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melangkah setapak ke hadapan dengan memperkenalkan applikasi MySPAD yang memfokuskan pengangkutan awam. 

Applikasi yang dilancarkan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid ini terbina dalam dua platfom iaitu Android serta IOS Apple. Turut hadir di pelancaran tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal.

MySPAD telah dibangunkan secara bersama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) bagi memudahkan orang ramai mengakses maklumat berkaitan pengangkutan awam termasuklah bas, teksi, rel dan terminal dengan mudah, tepat dan di mana-mana jua. 

Pengguna juga dapat membuat pengesahan status pemandu teksi, senarai syarikat teksi, semakan bas sekolah yang berdaftar, jadual perjalanan bas, jadual tambang dan juga perjalanan rel selain boleh memberikan maklum balas segera kepada SPAD. 


 

Kehadiran MySPAD ini dilihat dapat menjadi satu titik tambah kepada sektor pelancongan memandangkan negara bakal menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2014 tidak lama lagi. Pelancong dalam dan luar negara akan dapat mendapat manfaat dengan menjadikan MySPAD ini sebagai panduan atau membuat aduan dengan pantas dan mudah kaitan pengangkutan awam negara.

Jadi tunggu apa lagi! Muat turun dan cubalah applikasi MySPAD dengan PERCUMA dari portal Google Play Store  dan Apple Store.



No comments:

Post a Comment