Tuesday, July 30, 2013

Tolonglah Ganti Bas Sekolah Buruk Itu!


Bukan nak menghina atau merendah-rendahkan martabat pemilik bas sekolah lama. Tapi kalau usia dah melebihi 25 tahun dah tu ditambah pulak dengan modifikasi luar biasa sehingga ada yang menggunakan papan dan sekadar ala kadar membaiki bas yang boleh ditempatkan ke muzium.

Ada pula pemilik bas sekolah kategori uzur atau usang ini merasakan kenderaan yang menjadi sumber pendapatan mereka bertahun-tahun ini satu sentimental value. Membuatkan pemilik ini sukar melepaskan bas usang mereka dari pandangan.


Ada pula yang sengaja enggan menggantikan bas lama mereka. Bukan kerana tak mampu, tetapi kerana tidak mahu lagi mengeluarkan wang atau menanggung beban hutang pinjaman bank. Walau apa pun alasan mereka, pemilik bas usang ini mungkin antara sedar atau tidak memperjudikan nyawa penumpang iaitu kanak-kanak sekolah. 

Dek terlalu sayang kerana sentimental value dan enggan berhutang bagi membeli bas baru sehingga terlupa value lebih penting yakni nyawa penumpang yang terdiri dari anak-anak sekolah. 

Sebelum terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini. Jadi tolonglah ganti bas sekolah yang buruk tu! Kenapa nak tangguh-tangguh lagi ganti bas sekolah tu. Lagi pun kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dah perkenalkan Skim Penggantian Bas Sekolah. 

Skim ini selaras dengan pengumuman PM pada Bajet 2013 bagi meringankan beban pengendali bas sekolah. Ia melibatkan pemberikan rebat sebanyak RM10,000 dan bayaran kadar faedah tetap 2% bagi menggantikan bas sekolah yang berusia 25 tahun. Tempoh pinjaman pula antara 3 tahun hingga 9 tahun. 



Untuk makluman para pemilik bas sekolah, Skim pinjaman ini diuruskan oleh BSN dan tempoh permohonan adalah selama 2 tahun bermula April 2013 sehingga April 2015. Jadi tunggu apa lagi! Buatlah permohonan segera! Kalau last minute melepaslah gamaknya.

Sebelum itu, sila pastikan anda menpati beberapa syarat pinjaman serta  syarat mandatori pihak SPAD untuk membuat permohonan ini. Syarat mandatorinya adalah:

  • Pengendali bas sekolah yang mempunyai lesen dengan S.P.A.D. bagi Semenanjung Malaysia dan LPKP bagi Sabah dan Sarawak.
  • Pengendali bas sekolah yang memiliki bas sekolah yang telah berusia 25 tahun atau lebih.


Apa yang penting pinjaman ini hanya layak untuk membuat pembelian bas baharu sahaja. Bas second hand memang reject sama sekali. Lagi pun dengan kadar faedah tetap 2% sahaja buat apa nak beli bas terpakai. Inilah peluang untuk meningkatkan standad perkhidmatan bas sekolah kepada sepesifikasi terkini. 

Nak tahu lebih lanjut bolehlah ke cawangan BSN terdekat atau menghubungi pihak SPAD bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai skim hebat ni. Jangan dok kalut nak tangguh lagi! Buat permohonan sekarang. 

No comments:

Post a Comment