Tetapi permohonan tersebut agak mustahil dilaksanakan sebelum hari raya kerana proses rundingan dan kajian terperinci masih berjalan. SPAD tidak mahu terburu-buru membuat keputusan dalam hal ini, kerana ia penting bagi memastikan penyelesaian terbaik diperolehi.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid menjangkakan keputusan rasmi mengenai kenaikan harga tiket ini akan dapat diumumkan sebelum penghujung tahun ini.
Oleh yang demikian, sementara menanti hasil keputusan kajian selesai. Pihak SPAD memaklumkan, semua pengusaha bas ekspres dan bas tambahan dibenarkaan mengenakan caj tambahan (surcaj) sebanyak 10%. Kadar surcaj ini akan bermula pada 8 Julai sehingga 8 September 2013.
Kadar surcaj sementara sebanyak 10% ini, sebenarnya sudah dipraktikkan pada tahun-tahun lalu setiap kali menjelang musim Aidilfitri. Namun tempoh perlaksanaan yang diberikan ketika itu agak singkat iaitu hanya 10 hari sebelum raya hingga 10 hari selepas.
Kali ini tempoh yang diberikan jauh lebih lama iaitu selama 60 hari! Ia merupakan jangkamasa paling panjang pernah diberikan, sekaligus dapat membantu pengusaha bas meningkatkan pendapatan bagi meringankan beban kos pengurusan.
Agak hairan, bagaimana boleh ada wartawan boleh salah tafsir pengumuman SPAD ini. Apa yang mereka hebahkan dalam portal berita mereka adalah tambang naik 10%! Sehingga ramai pembaca berpendapat ia merupakan kenaikan kekal.
Kesan kelemahan pemberitaan ini, direbut pembangkang bagi menuduh kerajaan yang menjadi penyebab tambang bas ekspres NAIK. Hakikatnya seperti dinyatakan awal tadi, kadar surcaj ini bersifat sementara dan sudah digunapakai saban tahun tiap kali tiba hari raya.
Jadi pengguna diluar sana diharap tidak mudah tertipu dengan permainan pembangkang yang terus memutarbelitkan terma surcaj ini, bagi tujuan mengelirukan rakyat kononnya ia merupakan kenaikan kekal.
No comments:
Post a Comment