Thursday, June 27, 2013

Agong Iktiraf Inisiatif Kerajaan Dalam Pengangkutan Awam


Pelbagai projek pembangunan dan inisiatif baru telah berjaya dizahirkan oleh Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Perkara ini turut diiktiraf oleh YDP Agong dalam titahnya di mesyuarat penggal pertama di Parlimen. 

Baginda YDP Agong, Tuanku Abdul Halim bependapat bahawa pihak kerajaan sememangnya komited dalam memajukan sistem pengangkutan awam agar lebih efisien untuk keselesaan rakyat.

Ia sekaligus dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi dengan melaksanakan pelbagai pembaharuan dan inisiatif, antaranya pembinaan Aliran Transit Massa (MRT).

Ternyata suruhanjaya yang dipimpin oleh Tan Sri Syed Hamid selaku pengerusi telah berjaya memacu transformasi pengangkutan awam darat selari dengan kehendak dan keperluan semasa rakyat negara ini. 

Jika sebelum ini SPAD mendapat penghargaan tinggi di Geneva, kali ini usaha-usaha suruhanjaya mendapat pengiktirafan tertinggi dari YDP Agong. Semua ini adalah hasil kerjasama di setiap peringkat suruhanjaya yang memungkinkan kejayaan berterusan.

MRT yang terdiri daripada dua fasa dijangka siap diantara penghujung 2016 dan 2017. Bila siap kelak ia bakal menjadi medium pengangkutan utama sejumlah 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang.

No comments:

Post a Comment