Thursday, May 9, 2013

Sejuta Berhimpun Di Kelana Jaya

Gambar Hiasan
Apa lagi magic show pakatan selepas PRU ni? Sebelum PRU mereka dah buat magic hilangkan dakwat kekal. Namun terkantoi selepas dakwat yang cuba dihilangkan pada jari salah seorang anggota tentera masih jelas kelihatan cuma sedikit pudar. Alasan pudar ini dakwa mereka sebagai dakwat dah hilang pada jari! 

Hari ni berdegar pula macam-macam cerita yang kononnya berlaku penipuan dalam PRU13. Mulalah timbul cerita-cerita mulut tentang pengundi hantu dari Indonesia, Siam dan Filipina. Timbul juga isu tentang black-out atau bergelap akibat bekalan elektrik terputus ketika proses pengiraan undi. 

Dari hanya cerita mulut, penyokong mereka terus menjatuhkan hukum bahawa penipuan itu benar. Bukankah seeloknya di teliti setiap bukti! Soalnya sekarang mana buktinya!? Tunjukkan hard proof! Buat laporan polis dan ikut peruntukan undang-undang.

Perkara ini dikuatkan lagi dalam ucapan para pemimpin mereka di perhimpunan pembangkang di Stadium Kelana Jaya malam tadi. Rafizi Ramli, ahli parlimen pandan mengajak rakyat untuk mengumpul bukti tentang penipuan PRU13 lepas. 

Dari sini, ternyata pembangkang tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka bahawa penipuan berlaku dari awal PRU13. Tetapi mereka tetap teruskan memfitnah.

Paling menarik kisah pengundi hantu, salah satu tempat membuang undi berlaku kekecohan apabila dua orang bangla di tangkap oleh penyokong pakatan. Kantoinya di sini dalam satu insiden berasingan, berlaku tangkapan kedua di mana penyokong pakatan ditahan bersama dua warga asing dalam cubaan membawa mereka masuk ke tempat mengundi.  Siasatan lanjut menemui perakam video dalam kereta tersebut!? 

Rupanya pembangkanglah yang membawa masuk warga asing supaya beratur untuk mengundi. Dan perakam akan digunakan bagi dijadikan bahan bukti kepada penyokong tegar mereka. Skrip dah diatur cuma tinggal untuk dilakonkan sahaja. Nasib baik pihak polis dan petugas SPR sempat menghalang usaha jahat mereka.

Akhir sekali, mereka menuduh tentang insiden blackout. SPR telah meminta pembangkang untuk menyenaraikan kawasan pengiraan undi yang blackout tu untuk siasatan. Haram sampai sekarang tidak diberikan sebarang maklumat. Malah di kawasan lain mereka tuduh kononnya berlaku blackout. Tapi perkara tersebut dinafikan oleh pemimpin pembangkang sendiri iaitu DAP.


No comments:

Post a Comment