Tuesday, May 14, 2013

Punca BN Hilang Undi ?


"Sorry salah!" Ni macam pun ada ka? Salah pangkah punya kes terus jadi undi rosak! Ini hanya salah satu kes, sebelum ini perisik telah mendengar sendiri dikalangan pengundi muda yang sengaja membuat undi rosak ketika hari mengundi lepas.

Di kalangan pembangkang sekarang ini pun tengah meracun pemikiran anak muda terutamanya dari kaum cina dengan alasan dah popular sepatutnya PKR-DAP-PAS dah jadi kerajaan Pusat. Tapi BN pula yang bentuk kerajaan. BN tipu PRU13??

Itu salah satu simple logik yang mereka gunakan untuk menipu rakyat! Rata-rata rakyat kurang arif tentang proses pilihan raya dan pembentukan kerajaan.

Ini bukan Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Vokal Bukan Sekadar Rupa yang memilih pemenang berdasarkan undi popular. Ini adalah Pilihan Raya Umum! Bukan hiburan dan mainan!

Kerana sistem PRU di Malaysia bukanlah berdasarkan undi popular, tetapi keputusan menentukan majoriti adalah berdasarkan jumlah KERUSI (kerusi parlimen dan ADUN) yang dimenangi oleh parti yang bertanding. 

Berdasarkan sistem ini, tentulah undi popular bagi kawasan bandar lebih tinggi daripada kawasan luar bandar kerana kepadatan dan polarisasi kependudukan berbeza antara satu sama lain. 

Lagi pun pembangkang popular bukan pasal mereka hebat, tetapi pasal manifesto beracun yang memberi percuma segala bagai! Perlaksanaannya di kalangan pemimpin sendiri masih kabur! Di sini sekali lagi pengundi muda ramai terpengaruh dengan jajaan pembangkang untuk turun harga itu ini, mansuh itu ini dan naikkan gaji minimum. 

Ini adalah dakwaan pengundi muda yang memilih berdasarkan manifesto pembangkang! Tanpa memikirkan kemampuan sebenar negara. Perisik tak salahkan mereka, semua hendak hidup senang dengan pelbagai kemudahan dan segalanya murah. Tapi bukan begini caranya!

Jika di lihat lima perkara (Turun harga minyak, Mansuh PTPTN, Mansuh Tol, Gaji Minimum, Mansuh cukai) dari manifesto mereka sahaja sejumlah RM200 billion perlu di belanjakan. Itu baru lima! Belum dikira lagi subsidi yang diperkenalkan oleh BN. Adakah PKR-DAP-PAS akan mengekalkan subsidi BN kini yang berjumlah hampir RM25 billion?

Jika dijumlahkan, sebanyak RM225 bilion diperlukan dan ini sahaja sudah hampir dengan bajet 2013 iaitu RM252 billion. Macam mana hendak peruntukkan untuk setiap kementerian dengan baki RM27b?

Perlu diingat, pemansuhan ini bakal mengecilkan pendapatan negara! Ini beerti di masa akan datang, bajet berkemungkinan kurang dari RM252 Billion. Melainkan negara meminjam! Adakah keputusan membuat pinjaman ini memudahkan rakyat? 

Pernah anda terfikir apa terjadi pada negara seperti Indonesia yang meminjam. Kesannya amat buruk sehingga memperlahankan rentak ekonomi negara tersebut. Selain itu peluang pekerjaan juga berkurangan sehingga memaksa rakyatnya mencari rezeki ke negara jiran!

No comments:

Post a Comment