Baru-baru ni tak pasal-pasal Khalid gagap main tibai menuduh kerajaan membawa masuk pengundi hantu dari Sabah dan Sarawak ke Selangor menggunakan pengangkutan udara. Di fitnah juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara yang terlibat.
Dah nama pembangkang, apa nak di hairankan? Kebetulan dekat dengan proses mengundi awal semalam. Direkayasa isu tanpa menampilkan bukti! Kapal terbang jenis apa digunakan? Di mana ia mendarat? Bila mendarat? Berapa ramai anggaran? Gambar? Video? Senang cerita semua tu dorang tak boleh tunjukkan.
Tinggal kurang dari empat hari untuk rakyat Malaysia keluar mengundi. Kita nantikan sahaja kisah-kisah pelik lain yang bakal keluar dari pembangkang macam si gagap ni. Konon-kononnya kalau dia kalah di kerusi Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak pada PRU13 ni adalah kerana pengundi hantu dari cerita yang di cipta mereka.
Bila dah terasa diri dah tak relevan oleh rakyat tempatan terutama di kawasan dia bertanding. Pembangkang seperti Khalid gagap cuba menimbulkan syak wasangka di kalangan para penyokong tegarnya sebagai perancangan awal membuat kecoh 5 Mei ini.
Perisik dapati semua siri pertikaian yang ditimbulkan mereka seperti pengundi hantu dan dakwat kekal hilang telah dijaja hebat sehingga ke negara luar. Apa tujuan mereka?? Ia adalah bagi menghalalkan kekecohan dan huru hara yang bakal dilakukan pembangkang di beberapa bandar-bandar utama negeri.
Apabila tiba saat kemusnahan itu! Negara luar akan berprasangka bahawa kononnya yang marah membuat rusuhan itu adalah kerana tidak puas hati kepada proses pilihanraya negara ini.
Rakyat Malaysia harus melihat dan fikir dengan hati-hati akan perancangan ganas pakatan haram pembangkang untuk menggapai Putrajaya.
Macam-macam alasan akan ditimbulkan oleh pembangkang tanpa asal yang kukuh. Seperti isu kapal terbang yang bawa pengundi hantu ini. Rupanya khalid gagap ada bukti kerajaan guna kapal terbang dan mendarat di lokasi rahsia katanya.
Kalau bukti macam ni baik khalid gagap dan pembangkang ada! Lupakan sahaja hasrat untuk mesensasikan dan membuat kecoh di musim PRU ini. Kapal terbang pembangkang lagi besar Wo!!
Ni Kapal Terbang bawa pengundi hantu atau hantu yang bawa kapal terbang ni |
No comments:
Post a Comment