Salah satu cara pemimpin pembangkang hendak menimbulkan huru-hara adalah dengan menyarankan para penyokongnya untuk menangkap pengundi yang rasa-rasa mereka mencurigakan di tempat membuang undi. Ayat yang mereka gunakan adalah "Citizen's Arrest".
Dari arahan yang diberikan, definisi mencurigakan adalah berdasarkan rupa wajah pengundi yang hadir di lihat seakan-akan warga asing. Jika arahan ini dilakukan oleh penyokong hanya berdasarkan rupa wajah seseorang. Sudah pasti pertikaian akan berlaku.
Bertambah tegang bila mana pengundi yang mereka tangkap berlandaskan "citizen's arrest" itu terbukti pula sebagai seorang rakyat Malaysia yang sah dan maklumat pengundi SPR jelas melayakkan dirinya untuk mengundi.
Jangan terkejut jika penyokong pembangkang tetap akan membuat kecoh dengan berlagak DEGIL walaupun bukti sahih seperti dinyatakan sudah terbentang depan mata mereka. Dari sini, keadaan akan menjadi panas.
Ia akan sengaja diburukkan lagi dengan momokkan rakan mereka yang ada sama membuat tangkapan tersebut dengan menghebahkan kepada para penyokong di tempat mengundi lain dengan menggunakan Twitter dan Facebook. Berita yang disebarkan adalah berkaitan tajuk pengundi hantu di tangkap dan penyokong dipukul.
Bermulalah siri rantaian kekecohan pembangkang di beberapa tempat mengundi, yang akan membawa kepada perhimpunan di beberapa bandar utama di setiap negeri. Alasan yang digunakan adalah menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) & Barisan Nasional (BN) kononnya menipu proses pilihanraya, manakala Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) & Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula akan dituduh berkomplot melindungi salah laku pilihan raya.
Tapi adakah pembangkang fikir mereka dapat pergi sejauh hingga berhimpun di jalan raya??
Kerana majoriti rakyat sudah bijak membuat pilihan. Rakyat memilih keamanan, maka cubaan membuat huru-hara ini ditolak bulat-bulat oleh seluruh warga Malaysia yang berpegang kepada prinsip Rukun Negara.
Rakyat menghormati kedaulatan undang-undang yang sudah termaktub di negara ini, maka alasan "Citizen's Arrest" tidak diterima oleh umum. Di bawah perenggan 3(1)(n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:
Mana-mana orang yang menghalang seseorang pengundi yang selainnya berhak untuk mengundi daripada mengundi dalam sesuatu pilihan raya merupakan satu kesalahan.
Mereka yang melanggar akta ini boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya. Orang yang telah disabitkan itu tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pengundi dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari tarikh sabit kesalahan.
Jika pada tarikh itu seseorang itu telah pun dipilih dalam mana-mana pilhan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarih sabitan.Rakyat berpegang kepada prinsip kesopanan dan kesusilaan, maka cubaan untuk membuat siri keganasan di hari mengundi akan di tolak rakyat keseluruhan. Maka di sini pihak PDRM mula memainkan peranan mengengkang cubaan membuat kecoh seperti Citizen's Arrest ini.
Lagi pun beribu-ribu maklumat dan kaji selidik telah diteliti oleh PDRM bagi memastikan usaha kumpulan-kumpulan yang ingin membuat kecoh ini dihalang habis-habisan. Difahamkan tiada PERMIT perhimpunan dikeluarkan oleh PDRM untuk hari mengundi esok.
Jika kumpulan ini tetap berdegil, kebiasaanya PDRM akan memberi ruang kepada mereka untuk berhimpun dalam jangkamasa kurang dari sejam dan kemudiannya bersurai. PERMIT tak ada tak perlulah hendak bergendang mengatakan PDRM zalim pula!
Namun PDRM akan bertindak mengikut saluran perundangan seperti di beberapa kawasan yang sudah dikenalpasti sebagai zon panas pilihan raya. Bermakna tiada perhimpunan dibenarkan langsung.
Jadi puak pembangkang yang cuba bikin kecoh elok batalkan niat tersebut! Kerana kaji selidik PDRM kali ini telah dilakukan berbulan-bulan. Walaupun insiden Lahad Datu meletus, PDRM punya kepakaran dalam menghadapi situasi pelbagai arah. Jika berdegil, tindakan undang-undang tegas akan dikenakan.
Tak dapat nak baca bagaimana gerak kerja PDRM dalam menghadapi hari mengundi. Sebab segalanya bakal dilakukan berhati-hati tanpa diduga oleh pihak pelampau penyokong di kedua-dua belah pihak.
Perisik: Penyokong BN di nasihatkan jangan terikut-ikutkan perasaan. Duduk diam-diam tunggu keputusan lagi bagus, tak perlu nak menyemak berarak macam pembangkang. Biar polis sahaja yang hadapi provokasi pembangkang esok. Jika ada keperluan mungkin ATM. Proses dah ada, jadi tak perlu kita keruhkan!
Pihak PDRM mungkin sudah menghidu usaha pembangkang mencetak 10,000 T-shirt berlogo BN. Untuk apa pembangkang buat baju BN?
Minta dijauhkan..kedua-dua parti patut terima keputusan SPR.
ReplyDeleteUMNO BN dalam keadaan mendapat talian hayat dari warga asing yang di warganegarakan pun gagal mendapatkan sokongan majoriti rakyat Malaysia. Fakta dan data menunjukkan lebih 50% rakyat MAlaysia memilih PR. Hanya kurang 47% warga Malaysia yang menyokong UMNO BN. Hakikatnya UMNO BN diselamatkan oleh tali barut mereka iaitu SPR selain persempadanan semula kawasan pilihanraya sebelum ini beberapa kali telah menyelamatkan UMNO BN. Apa yang nyata...UMNO BN tidak relevan lagi di Malaysia. Trend penolakan rakyat terhadap UMNO BN telah pun berlaku selepas 2004 dulu. Elok korang jenguk fakta ini daripada menjadi perasan lebih. On ya...bila agaknya orangyang mengupah Sirul dan Hazilah membunuh Altantuya mahu dibawa ke tali gantung?. Kalau kes mudah begini Najib dan UMNO BN tak dapat selesaikan....no wonder UMNO BN ditolak berterusan dari masa ke semasa.
ReplyDeleteMegat Alang Megat Pandikar
kami majoriti org2 melayu islam tidak pernah menolak umno bn! yg kene tolak tu pkr melayu dn pas! buktinye? berape kerusi melayu pkr + pas? umno? huh! hidup nk free jek! pemalas!
DeleteApabila cina swing undi mereka kepada pakatan dengan harapan pakatan berjaya menawan pusat pentadbiran Persekutuan dan Pakatan pula gagal menawan pentadbiran pusat seperti diwawarkan, cina telah silap langkah dan membuka tembelang mereka akan siapa mereka sebenarnya kepada orang melayu apabila terlalu overconfident Pakatan akan menang dan habuan yang mereka akan dapat dan justeru itu bolehlah mereka "ransom" Dato Seri Anwar. Jadi siapa yang akhirnya tertipu? Melayukah?
ReplyDeletePM akan tubuhkan Kabinet seperti dikehendaki oleh Perlembagaan. Tidak akan DAP diberikan apa-apa jawatan diKementerian - itu sudah pasti dan itulah logikahnya. MCA dapatlah sedikit kerana mereka "gagal" dan dahpun ikrar tidak mahu jawatankalau gagal. begitu juga MIC dapatlah lebih dari sedikit berbanding cina MCA. Maka siapa kini kena tipu? siapa juaranya?
kasualti yang ketara dalam masa terdekat ini adalah Nik Aziz sendiri, Mat Sabu, Haron Din dan PAS keseluruhannya. Hilang Kedah. jangka masa panjang, UMNO akan menjadi lebih kental perpaduannya.
Tun Mahathir dah "turun", Nik Aziz pun dah "turun". Kit Siang dan Guan Eng dan karpal bila lagi? masing-masing pun dah ada anak masing-masing sebagai ganti. nak apa lagi?
anon 3:43, stop making accsation base on hear say and ur stupid imagination, show ur hard proof first lah. if base on your moronic facts, its truelah that DAP get more seats becoz of some ah beng or amoi from China get fake ic to give vote for DAP!!
ReplyDeleteEnough lah wei! Its known to rakyat, pembangkang always create and re-create excuses no matter what the result of elections are.
U say more 50% rakyat favor to pembangkang. For sure pembangkng already form a goverment lah after 5 May! U call this Facts ka?? Total Crap!!