Thursday, April 4, 2013
Cybertrooper Pembangkang Kecewa
Semalam secara rasminya, Najib Tun Razak membubarkan Dewan Rakyat selepas mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah di Istana Negara.
Selepas pengumuman 11.30 pagi semalam, beberapa buah negeri turut sama membubarkan DUN mereka seperti Melaka, Sabah, Perak dan Perlis. DUN Negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dijangka dibubarkan hari ini. Manakala lain-lain negeri akan turut melakukannya selewat-lewatnya esok.
Buat masa ini, pembangkang sedang mengambil langkah tunggu dan lihat. Mereka tak sabar menanti calon-calon BN. Bila dapat sahaja nama calon, percayalah taktik kotor pakatan haram PRU12 akan digunakan dimana setiap calon BN akan difitnah dan dihina habis-habisan.
Dengan ini, bermulalah siri peperangan saraf terbesar dalam sejarah Malaysia. Jika sebelum ini, perang saraf PRU12 dikuasai oleh pihak pembangkang yang berjaya menggunakan sepenuhnya media baru (blog,twitter dan facebook) dalam merosakkan kredabiliti pihak BN.
Kali ini, langit tak akan selalunya cerah buat pembangkang. Apabila semakin ramai penyokong-penyokong kerajaan bangkit menentang fitnah bawaan cybertrooper mereka. Ada yang mewujudkan akaun blog, facebook, twitter dan sebarang media yang mereka rasa perlu.
Diburukkan lagi apabila ada cybertrooper mereka bertindak berhenti dari meneruskan usaha membantu pembangkang setelah menyedari kepentingan politik pakatan lebih kepada kepentingan peribadi dari kepentingan RAKYAT.
Ramai cybertrooper mereka mempersoalkan kenapa platform mereka tidak digunakan oleh pembangkang untuk menghebahkan kebaikan dasar kerajaan pakatan, menunjukkan hasil kejayaan janji-janji PRU12 mereka atau mempamerkan report card seperti yang telah dilakukan oleh Najib Tun Razak tempoh hari.
Persoalan cybertroopers itu sudah pun terjawab. Pembangkang tidak memiliki sebarang kejayaan yang konkrit dalam memakmurkan rakyat. Banyak pelaburan yang mereka megahkan adalah usaha dari kerajaan BN sebelum ini. Dasar-dasar yang diketengahkan hanya berjaya ditunjukkan atas kertas dan pentas. Hakikatnya gagal segala segi.
Adakah ini suara kecewa cybertrooper mereka!
Rata-rata penyokong muda yang mengikuti mereka dari awal PRU12 sudah mula angkat kaki. Sebab itu sekarang mereka sibuk merekrut dan mempergunakan penyokong-penyokong baru. Iaitu dari golongan mahasiswa dan muda yang baru hendak berjinak dengan politik negara. Mereka ini diajar dan dibayar untuk melakukan gerak kerja fitnah pakatan haram ini.
Sebab itu rating blogger-blogger mereka semakin jauh kebawah setelah para pembaca dari kalangan penyokong generasi muda tidak mahu lagi menjadi ALAT sebaran fitnah pakatan haram.
No comments:
Post a Comment