Monday, March 11, 2013

Putri Sulu Dakwa Pak Najib Pengganas


Makin lama makin mengarut puak Kiram III yang mengaku sultan Sulu dan anaknya 'putri celop' dalam mengeluarkan kenyataan media. 

Tak pasal-pasal PM, Datuk Seri Najib Tun Razak pula di katakan sebagai pengganas kerana melakukan operasi serangan darat dan udara dalam menghadapi tentera mereka yang menceroboh di Sabah. 
Antara kenyataan yang dikeluarkan menarik perhatian Perisik:
"Jadi Pak Razak, anda justeru lebih pengganas bersama pasukan bersenjata anda, yang ingin menghabiskan Raja Muda Kiram dan orang orang kesultanan Sulu, jadi siapa yang ganas?" soalnya ketika ditemubual media Filipina 
"Apakah kerabat saya atau bahkan orang orang kesultanan dianggap pengganas jika mereka mengunjungi tanah mereka sendiri? Jika mereka pergi ke rumah mereka sendiri? Jika mereka pergi ke tanah milik mereka sendiri? Mereka tidak pergi ke sana untuk berperang tapi untuk menetap, untuk menetap di tanah mereka sendiri," tambah 'putri' Sulu itu lagi.
Di sini sudah jelas bahawa putri ni buta sejarah dan cuba memutar belitkan fakta tujuan pencerobohan tentera mereka di Sabah. 

Gua tak minat nak cerita panjang pasal ni sebab sejarah dah terbukti menunjukkan Sabah menjadi milik British selepas perjanjian antara Sulu dan kemudiannya menjadi sebuah negara berdaulat di bawah panji Malaysia setelah melalui pungutan suara dalam Suruhanjaya Cobbold. Lu orang leh cari sendiri bab ni.

Dia kata orangnya yang masuk ke Sabah hanya ingin mengunjungi tanah milik mereka sendiri?!! Senang cerita, macam melawat kampung halaman. Tapi apahal dibawa bersama pelbagai jenis senjata?!

Cerita Putri ni bagi kat orang-orang di Sulu sendiri bolehlah. Fakta sejarah dah jelas membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hak ke atas Sabah. 

Dakwaan Putri ni hanya memberi gambaran: 
"Pencuri memasuki rumah, terserempak pula dengan tuan rumah tetapi si pencuri pula yang terjerit-jerit minta tolong sambil mengatakan tuan rumah tersebut sebagai pencuri?!!"
Tak logik bukan?! Memang itulah dorang tengah buat! Biol!

Askar mereka yang menceroboh mencabul kedaulatan negara dan membunuh rakyat kita. Tetapi kita pula dipanggil pengganas. 

Hiba apabila perisik mendapat tahu ada anggota keselamatan kita telah dipenggal kepalanya, matanya dicungkil dan dicincang si penceroboh. LIHAT SENDIRI!


MEMANG ZALIM!!! 

Si Putri celop ni membisu pula bila orang mereka sendiri yang bertindak ganas dan zalim. 

Cukuplah! Kita tidak harus lagi memberi muka membiarkan si penceroboh terus bebas membunuh rakyat Malaysia. 


Jika arahan serah diri tak diendahkan, hanya maut menanti mereka!

No comments:

Post a Comment