Friday, March 15, 2013

Punca Kematian P.I Bala?


Dari laporan yang diterima, P.I Bala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh 2.30 petang tadi. Punca kematian belum lagi disahkan lagi namun beberapa hari sebelum ini Bala dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. 

Tapi blogger pembangkang dengan tidak semena-mena membuat spekulasi yang kononnya Bala mungkin mati dibunuh dan dikaitkan pula dengan PM, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Binawe mereka ni!

Kepulangan Bala pada 24 Februari lalu telah disensasikan oleh pembangkang dengan sandiwara sumpah memegang kitab Hindu oleh Bala. Mereka bersorak menerima ketibaan Bala yang diperkudakan bagi mendedahkan dalang pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Setelah pulang, pakatan mengatur skrip dan strategi dengan mengadakan ceramah dalang kematian Altantuya ini. Kemunculan ceramah pertama Bala di Dewan Himpunan Cina pada 27 Februari tidak menjadi kerana banyak percanggahan dalam pendedahan beliau sehingga membuatkan orang ramai mula sangsi dengan usaha pembangkang ini. Perkara ini jelas menggusarkan pakatan.

Apa sudah jadi?!?

Bala rupa-rupanya dari awal tidak mahu terlibat dengan permainan politik pakatan. Beliau dipercayai didesak oleh beberapa pemimpin pakatan. Desakan ke UGUTAN?!

Perkara ini dikuatkan dengan pendedahan beberapa blog yang mendakwa Bala telah bertengkar dengan beberapa konco Anwar Ibrahim yang mahu beliau meneruskan kerja menfitnah Najib dan Rosmah. 

Insiden pertengkaran tersebut dikaitkan dengan Chegu Bard dan R Sivarasa dan dipercayai berlaku beberapa hari selepas beliau keluar dari Pusat Perubatan Subang akibat serangan jantung pada 5 Mac. 

Blogger tersebut turut menyebut ada kesan lebam pada mayat leher Bala? Adakah ini punca kematian beliau? Baca SINI


No comments:

Post a Comment