PDRM membenarkan perhimpunan 901 diteruskan Isnin depan. Pihak PDRM telah menyediakan lokasi tempat parkir kereta di hadapan Mahkamah Jalan Duta untuk para demo berkumpul.
Para demo hanya dibenarkan untuk berkumpul sahaja. Tiada perarakan dibenarkan sama sekali. Beberapa garis panduan lain sudah jugak dibincangkan antara pihak polis dengan Azmin Ali.
Lampu hijau yang diberikan oleh PDRM ini adalah mengikut penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. Pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap para demostrasi yang menimbulkan suasana tegang.
Jaminan pihak polis sudah diberi. Ruang dan peluang yang telah diberikan oleh PDRM ini menunjukkan toleransi saksama terhadap setiap orang. Tetapi segalanya mestilah mengikut garis panduan yang telah diberikan.
Bagaimana pula dengan jaminan pihak penganjur? Katanya nak kumpulkan 100,000 orang. Kalau masa Bersih 2.0 yang seramai 5,000 orang pun tak dapat dikawal oleh penganjur.
Mampukah pihak penganjur mengawal 100,000 ni?
Kalau renungkan apa Dr Hassan Ali cakap, bila diajak HIMPUN SEJUTA UMAT untuk selamatkan aqidah umat Islam. Orang PAS cakap jangan pergi. Perkara asas perjuangan parti pun mereka boleh veto bulat-bulat.
Inikan pula perhimpunan nak pertahankan Anwar dalam kes LIWAT yang jelas beliau sendiri tidak pernah menafikan di mahkamah yang liwat itu tidak berlaku.
Sekarang pun ramai orang PAS dan PKR dah celik melihat kesamdolan modus operandi perhimpunan yang jelas memperjuangkan kepentingan salah laku peribadi.
Dalam artikel sebelum ini sudah menyatakan bahawa pihak pembangkang sudah mendahului mahkamah dalam menjatuhkan hukum terhadap Anwar. Baca Sini
Patutnya buat dalam Stadium, senang nak kawal.
ReplyDeleteMasa HIMPUN SEJUTA UMAT di stadium Shah Alam ,penganjur dan pdrm lebih mudah nak kawal peserta perhimpunan.
Kalau ada peserta buat hal, smua kat dalam tu jer, tak leh lari mana.
Aku tgk para peserta lebih berdisplin. Penganjur pulak tak ada pilihan kena kawal peserta, sbb kalau ada kerosakan dalam stadium, penganjur yang kena tanggung.