gambar hiasan
Najib yang hadir sempena Program Nurani Rakyat telah beramah mesra dengan warga Hulu Selangor dari seawal jam 9 pagi lagi. Kemudian beliau akan turut sama-sama menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.
Orang ramai khususnya warga Islam sekitar Hulu Selangor hadir solat Jumaat berjemaah bersama Datuk Seri Najib di Masjid Al-Rahimah.
Pagi tadi, Najib dalam ucapannya kepada warga Felda berazam untuk membawa legasi ayahandanya, Tun Razak untuk menlangkah lebih jauh dari sekadar juara kampung ke arena global.
Erti kata lain Najib akan menyambung usaha Tun Razak yang mengasaskan Felda supaya menjadi sebuah organisasi yang disegani di peringkat Global.
Najib juga memberi jaminan, selain daripada durian runtuh yang diterima oleh peneroka hasil daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FVGH). Para peneroka akan terus kekal mendapat faedah yang telah diterima selama ini.
Para peneroka tahu bahawa untuk merealisasikan perkara ini, seluruh warga Felda harus berpadu tenaga dan idea bagi menjadikan Felda sehebat Petronas.
Jika para peneroka serahkan 100% usaha kepada kerajaan memang sampai bila pun kita tidak akan capai. Kami para peneroka akan sama-sama berusaha memajukan Felda dan menyokong segala usaha transfomasi yang dilaksanakan oleh Najib.
Para peneroka tidak sabar menanti penyenaraiaan Felda Global Venture Holding yang dilihat bakal menjana pendapatan para peneroka dan negara kita yang tercinta.
Tapi pihak pembangkang tahu perkara ini menguntungkan para peneroka. Tetapi perasaan iri hati mereka terhadap usaha Najib di dalam Felda membuatkan mereka resah kerana kepercayaan para peneroka semakin meningkat menyokong kerajaan.
No comments:
Post a Comment