Monday, January 16, 2012

Anwar PM Era Kejatuhan Negara

Menjaja Fitnah Memburukan Negara
Belum jadi PM pun Anwar Ibrahim sudah menggerakkan usaha memburuk-burukkan Malaysia. Setiap lawatan dialog beliau ke luar negara disalahgunakan dengan menunjukkan yang kononnya Malaysia mengalami kemerosotan ekonomi, politik tak stabil, dasar pemerintahan zalim dan sebagainya.

Usaha yang jelas untuk menakut-nakutkan pelabur asing masuk serta meletakkan persepsi negatif terhadap negara di dalam setiap dialog yang dihadiri. 

Semua rakyat sudah tahu akan modus operandi beliau apabila ke luar negara. Malah juak pembangkang sendiri mengetahui akan perkara yang salah, berlaku dalam parti mereka. 

Yang peliknya dalam setiap lawatan beliau tiada pula usaha dilakukan untuk menarik pelabur ke negeri yang dikuasai mereka. Sekurang-kurangnya pendapatan dalam negeri akan meningkat dan ini pasti akan menguntungkan rakyat negeri penguasaan mereka. 

Jelas senjata yang digunakan telah makan tuan. Jika dilihat selama lebih tiga tahun pembangkang memerintah, tiada suntikan pelaburan besar diumumkan oleh pakatan pembangkang dalam negeri mereka. 

Perubahan yang dapat dilihat adalah pembukaan pusat hiburan dan pusat urut seperti yang berlaku di negeri Selangor. 

Momokan buku jingga tidak memberikan sebarang kesan jangka panjang kepada pembangunan dan kebajikan rakyat yang kononnya menjadi dasar perjuangan pakatan.

Anwar lebih gemar menjaja memburukkan negara daripada membawa masuk keuntungan ke dalam negeri pakatan. Kesudahannya rakyat yang tersepit. 

Bagi menutup kelemahan sendiri. Puak pembangkang berhelah dengan mencipta persepsi bagi memburukkan pemerintahan kerajaan. Jika ini tidak dilakukan segala kelemahan dan kegagalan mereka dalam mentadbir negeri akan terhukum dalam PRU13 nanti.

Terbaru, temuramah bersama wartawan BBC lagi sekali menunjukkan kelemahan akal beliau sehingga ingin memperjuangkan pihak gay dan lesbian yang jelas bertentang dengan hukum syarak. 


Orang PAS dan PKR terkedu tak terkata dengan kata-kata pemimpin mereka sendiri. Apakah Anwar ingin membawa masuk ideologi kebebasan hubungan sejenis dalam negara?

Tiba-tiba hendak mengenepikan undang-undang yang beliau anggap lapuk? Celah mana lapuknya? Walhal yang lapuk adalah propaganda yang mereka bawa selama ini.

Sememangnya tiada pimpinan PAS dan PKR sanggup membiarkan Anwar menjadi Perdana Menteri jika ideologi ini yang ingin diketengahkan.

Katakanlah jika beliau diangkat sebagai PM. Apakah simbol atau gelaran bakal diberikan kepada beliau?

Almarhum Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
Allahyarham Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
Allahyarham Tun Hussien Onn - Bapa Perpaduan
Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan
Tun Abdullah Ahmad Badawi - Bapa Pembangunan Modal Insan
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak - Bapa Transformasi

Datuk Seri Anwar - Bapa Homoseksual /  Bapa Seksual Merdeka??  (sebab nampak itu jer yang ditampilkan)

Rakyat sudah sedia maklum bahawa Anwar tidak relevan diangkat sebagai bakal PM Malaysia. Pemerintahan pakatan selama lebih tiga tahun ini juga tidak memberikan sebarang impak baik kepada rakyat.

Perisik - Mandat sudah rakyat berikan kepada mereka selama tiga tahun ini. Namun perjuangan yang mereka janjikan hanya kekal di atas kertas dan pentas politik sahaja. 


No comments:

Post a Comment