Tetamu kehormat |
Datuk Dzul |
Melalui langkah kehadapan ini FELDA dapat mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan anak peneroka dalam sukan futsal. Untuk pengetahuan pembaca, hampir kesemua tanah rancangan FELDA mempunyai padang futsal tersendiri.
Jadi kebolehan anak peneroka dalam sukan futsal tidak boleh disangkal lagi dan kejohanan ini menjadi pentas kepada anak-anak muda menampilkan kebolehan bagi memungkinkan diri untuk mewakili negara.
Jadi kebolehan anak peneroka dalam sukan futsal tidak boleh disangkal lagi dan kejohanan ini menjadi pentas kepada anak-anak muda menampilkan kebolehan bagi memungkinkan diri untuk mewakili negara.
Senator Gan Ping |
FELDA rupanya bukan sekadar menganjurkan, malah merupakan penaja utama dalam kejohanan ini. Jumlah tajaan terkumpul yang datang daripada beberapa anak syarikat FELDA adalah bernilai RM2 JUTA!
Datuk Dzul menyerahkan cek RM2 juta |
Puak pembangkang jangan cuba untuk memutarbelitkan tentang perkara ini. Kerana jelas keutuhan kewangan syarikat yang bernilai berbilion-bilion memungkinkan jumlah tajaan sedemikian. Sebelum ini mereka malalak dan menjaja bahawa FELDA muflis. Kini pembangkang muflis akal dengan kehebatan FELDA.
Antara Penaja |
Seramai 32 pasukan akan berentap bagi memegang takhta juara sekali gus membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai! Fuh meleleh puak pembangkang tengok ni semua.
Proses Undian Berlangsung |
Hadiah dipecahkan mengikut kategori seperi berikut
KATEGORI | NILAI (RM) | KESELURUHAN (RM) | ||
Johan Peringkat Kumpulan (L/P) | 10,000 | 40,000 | ||
Naib Johan Peringkat Kumpulan (L/P) | 5,000 | 20,000 | ||
Johan (L/P) | 40,000 | 80,000 | ||
Naib Johan (L/P) | 20,000 | 40,000 | ||
Pasukan Kalah Separuh Akhir (2 Pasukan L/P) | 7,500 | 30,000 | ||
Pemain Terbaik (L/P) | 1,500 | 3,000 | ||
Penjaring Terbanyak (L/P) | 1,000 | 2,000 | ||
Nampak tu? Betul-betul lumayan.
Majlis Undian Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan telah dilancarkan oleh Senator Gan Ping Shou petang tadi di Dewan Perdana FELDA.
Ikrar wakil para pasukan |
No comments:
Post a Comment