Syukur Alhamdullilah, segala penat lelah anak-anak peneroka untuk berkembang dalam bidang teknologi kejuruteraan pesawat sudah pun berada dalam genggaman.
Daripada sejumlah 46 penerima lesen senggara pesawat yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Kompleks MAS, Sepang. Seramai 29 orang adalah anak peneroka FELDA yang datang dari pelbagai tanah rancangan.
Penyampaian Lesen di majlis 100 tahun perkhidmatan udara |
Manakala daripada 29 anak FELDA tadi, seramai 11 orang daripada mereka adalah golongan hawa yang telah diiktiraf layak menjadi jurutera senggara pesawat.
"Tahniah diucapkan kepada anak-anak peneroka yang berjaya. Kami amat berbangga dengan pencapaian anda semua walaupun anak-anak semua datang dari tanah rancangan yang berbeza"
Segala usaha peneroka selama ini yang membanting tulang memerah keringat bersama FELDA amat berbaloi kerana dapat melihat anak serta cucu mereka hidup berjaya dengan kerjaya yang bersesuaian dengan teknologi semasa.
Ahli keluarga FELDA mengambil gambar kenangan |
Kelihatan ibu FELDA seronok merakam |
No comments:
Post a Comment