Pada 7 Julai lalu Felda meraikan Hari Peneroka 2011 dengan penuh gilang gemilang di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, dihadiri lebih daripada 20,000 peneroka dari seluruh negara. Bandar yang sebelum ini dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka, diberi nama baru sebagai menghargai jasa pengasas Felda, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Pelancarannya disempurnakan oleh anak allahyarham, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Ketika berucap, Najib mengumumkan peruntukan bernilai RM250 juta untuk mempertingkatkan kemudahan prasarana di bandar itu, antaranya pembinaan kompleks sukan, stadium, terminal bas baru, serta pembinaan 500 unit rumah untuk generasi baru Felda dan banyak lagi.
Jika Allahyarham Tun Razak masih hidup, dia pasti berbangga dengan kejayaan Felda yang kini mempunyai 23,000 kakitangan dan 60,000 pekerja ladang. Allahyarham pasti berbangga melihat kejayaan-kejayaan yang diraih Felda di bawah kepimpinan anaknya itu.
Antara kejayaan besar Felda sejak Najib menjadi Perdana Menteri ialah pembinaan Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) Trolak dengan kos pembinaan RM123 juta yang boleh menempatkan 1050 pelajar pada satu masa.
Selain itu Najib juga telah mengarahkan rumah-rumah peneroka yang asal diubah wajah dan dia meluluskan pinjaman pembesaran rumah kepada 6,365 peneroka dengan nilai pinjaman berjumlah RM249.51 juta.
Najib juga instrumental dalam mengilhamkan projek Gedung Makanan negara (GMN) yang mendapat peruntukan RM750 juta. Penubuhan GMN adalah usaha Felda menambah bekalan makanan negara dan mengurangkan iomport makanan.
Najib juga berperanan mengarahkan perlaksanaan program tanam semula secara besar-besaran kebun peneroka dalam tempoh tiga tahun bermula 2009 hingga 2011 dan melibatkan kawasan seluas 92,450 hektar. Program itu dibuat sebagai langkah mengatasi masalah hasil rendah kebun peneroka dan meningkatkan pendapatan mereka, Dengan perlaksanaan program ini, semua kebun peneroka akan siap ditanam semula pada 2011.
Najib juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam kejayaan Felda mengambilalih perniagaan gula daripada Perlis Plantation Berhad bernilai RM1 Billion pada tahun lalu dan pada 28 Jun lalu MSm MSM Holdings Berhad, tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Pada hari pertama penyenaraian, KPF telah mencatatkan keuntungan RM300 juta
Jasa Najib memperkenalkan Pelan Khairat Peneroka untuk meringankan beban waris peneroka yang meninggal dunia juga pasti akan dikenang sampai bila-bila. Menerusi pelan berkenaan, waris akan diberikan bayaran serta merta RM3,000 bagi setiap kes kematian dan RM7,000 selepas permohonan diterima.
Najib juga tidak mengetepikan generasi muda apabila dia meluluskan pembinaan gelanggang futsal di semua rancangan Felda di seluruh negara dalam tempoh dua tahun dengan peruntukan RM25 juta. Najib juga membuka jalan kepada Felda bekerjasama dengan KPF Holdings untuk memberi peluang kepada generasi baru membabitkan diri dalam bdiang perkhidmatan restoran dan menjadi usahawan. Di bawah pimpinan Najib Felda juga telah berjaya menghantar 100 pelajar generasi baru dalam bidang maritime dan perikanan serta hospitaliti dan pelancongan ke Kolej KINI Felda Sahabat, Sabah, dengan kos RM15 juta.
Pemimpin peneroka juga Najib tidak lupakan apabila dia bersetuju menaikkan elaun 200 peratus kepada timbalan pengerusi JKKR, pengerusi GPW, pengerusi belia, setiausaha dan bendahari JKKR/GPW berkuatkuasa 1 Januari 2011 dan melibatkan 1805 pemimpin peneroka di seluruh negara.
Dalam ucapannya juga, Najib mengumumkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang mempunyai 220,210 ahli, telah tersenarai dalam 10 koperasi terbaik dalam ranking Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). KPF juga mencatat dividen tertinggi dalam tempoh 30 tahun. Berikutan itu KPF telah akan memberikan dividen sebanyak 15 peratus kepada ahli-ahlinya.
Dalam ucapannya juga Najib mengetepikan tohmahan pembangkang yang mengatakan Felda bangkrap dan kenyataan itu diperkuatkan dengan rekod pencapaian sehingga Mei 2011, kedudukan tunai Felda ialah RM2.84 billion, iaitu peningkatan 40.6 peratus berbanding kedudukan tunainya pada 31 Disember 2010, iaitu RM2.2 billion.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas kepada Felda Tunggal yang mendapat durian runtuh RM1 juta apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Keceriaan Kampung sempena sambutan hari peneroka berkenaan.
Tahniah juga kepada Rosli Mohamad dari Felda Tersang 3, Wilayah Mempaga, Pahang yang memenangi Anugerah Usahawan Felda. Kontraktor pertanian dan perladangan itu menerima piala, sijil dan wang tunai dan sijil Koperasi Permodalan FELDA (KPF) bernilai RM10,000.
Slam hormat, harap dapat dilink blog hamba disini..
ReplyDeleteTerima Kasih..
http://klboyzwangsa.blogspot.com/