Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tak serik-serik nak burukkan kerajaan. Setelah tamat jalani hukuman penggantungan, dia masuk parlimen terus serang FELDA dengan isu yang telah dikitar semula entah berapa banyak kali.
Anwar masih lagi nak pertahankan cadangan bodoh yang termasuk dalam Buku Jungga supaya FELDA Plantations Sdn Bhd serahkan tanah seluas 341,000 ekar kepada generasi kedua dan ketiga.
Naik jenuh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan terangkan bahawa keuntungan RM1.6 billion setiap tahun yang diraih oleh FELDA digunakan untuk bayar gaji 23,000 pekerja dan 60,000 buruh ladang.
Walaupun dijelaskan dalam bahasa mudah,. Anwar masih tak faham keuntungan FELDA dikembalikan kepada peneroka dalam bentuk peningkatan prasarana, kebajikan dan kerja-kerja CSR.
Anwar tak faham matematik kot?. Dia tak fikir jika 341,000 hektar tanah itu dibahagikan kepada 1.6 juta generasi FELDA, setiap seorang daripada mereka hanya akan akan terima 0.4 hektar sahaja.
Apa ke benda nak buat dengan tanah seciput itu? Anwar tak fikir apa jadi kalau peneroka itu jual tanah itu kelak? Nanti habuk pun tarak. Mungkin itu agaknya niat sebenar Anwar - iaitu nak galakkan peneroka jual tanah mereka, kurangkan hak pemilikan orang Melayu?
Anwar juga sengaja nak cipta isu apabila dia persoalkan tindakan FELDA keluarkan pinjaman KWSP walhal Ahmad Maslan sudah jelaskan tujuan FELDA keluarkan RM3.55 bilion daripada RM6.5 bilion pinjaman KWSP itu adalah untuk membiayai program tanam semula kebun peneroka, projek perumahan peneroka dan meningkatkan program Gedung Makanan Negara.
Anwar juga buat tak faham dan tak endahkan rekod cemerlang FELDA membayar balik pinjaman. Anwar bukan tak tahu pada tahun lalu, FELDA telah lunaskan bayaran balik kepada KWSP sebanyak RM99.69 juta dan anggaran bayaran balik pada tahun ini berjumlah RM269.44 juta pasti akan ditunaikan.
Satu dunia tahu bahawa FELDA pernah pinjam RM4.975 bilion daripada kerajaan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kuwait dan Tabung Saudi dan kesemua pinjaman itu telah dibayar balik pada 2000, iaitu 14 tahun lebih awal daripada jadual pembayaran sepatutnya. Mana ada syarikat korporat dalam dunia yang boleh tandingi kehebatan ini?
Sah-sah Anwar tak baca suratkhabar dan tak buat homework pasal FELDA. Main hentam keromo sahaja. Sudah-sudahlah tu Anwar! Carilah modal lain!
No comments:
Post a Comment