Thursday, June 30, 2011

Penyenaraian MSM Holdings untungkan peneroka dan bangsa Melayu

Kejayaan cemerlang MSM Holdings pada hari pertama penyenaraiannya di Bursa Saham, baru-baru ini seharusnya menyedarkan peneroka amnya dan ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) khasnya bahawa segala persepsi negatif yang dilemparkan oleh pembangkang adalah tidak berasas sama sekali.

Ternyata tindakan menyenaraikan MSM Holdings itu adalah tindakan yang amat bijak dan MSM  boleh mendabik dada sebagai Raja Gula yang baru.

Sepatutnya peneroka yang majoriti adalah orang Melayu, sedar selama ini ketika gula dikawal oleh bangsa lain, mereka sewenang-wenangnya mengawal atau menaikkan harga untuk keuntungan bangsa mereka.Kini, apabila gula dikawal oleh bangsa kita, jika harganya naikpun, bangsa kita juga yang untung, terutama 221,000 ahli KPF yang memegang 20 peratus ekuiti dalam MSM.

Pada hari pertama penyenaraian, saham MSM ditutup RM1.39 lebih tinggi pada RM4.89 dengan sejumlah 101.192 juta saham dan saham itu terlebih langganan 50 kali ganda!

Bermula 9 pagi pada hari tersebut, saham MSM Holdings dibuka dengan dengan RM4.45, mengatasi harga tawaran permulaan RM3.50 dan kemudian meningkat pada RM4.60 tidak sampai sejam selepas disenaraikan. Menjelang penutup, ia melonjak kepada RM4.89, iaitu RM1.39 lebih tinggi dan 101.192 juta saham terjual.

Peneroka, harus berbangga kerana KPF berjaya menempatkan dirinya sebagai koperasi kedua terbesar dan terkaya di Malaysia selepas Bank Rakyat. Orang Melayu pula harus berbangga kerana sebelum ini selama 60 tahun pasaran gula dikuasai oleh bangsa cer ya nun alif!

Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab baru-baru ini berkata KPF bercadang menceburi bidang kredit dengan menubuhkan bank koperatif dan skim Al-Rahnu yang dibuka kepada orang awam. Ini adalah berita yang patut disambut baik kerana ia secara langsung akan meningkatkan ekonomi peneroka khasnya dan bangsa Melayu amnya.

Kepada golongan peneroka, pandanglah ke hadapan dan jangan mudah terperdaya dengan hasutan dan dakyah Mazlan Aliman dan konco-konconya. Sedarlah, golongan ini adalah tunggangan parti politik yang mahu memecahbelahkan masyarakat peneroka dan orang Melayu.

Golongan si Kitol ini sebenarnya tidak peduli dengan nasib peneroka, tetapi memikirkan poket dan cita-cita politik masing-masing. Sudah tiba masanya peneroka bersatu hati menyokong Felda yang memperjuangkan ekonomi orang Melayu dan menjauhkan diri daripada pengkhianat bangsa sendiri!

Friday, June 24, 2011

Majlis Penyampaian Sijil di Dewan Gemilang ITU Kelana Jaya

Di sini saya ingin berkongsi video Majlis Penyampaian Sijil pelajar-pelajar ITU dan KINI yang berlangsung di Dewan Gemilang Intitut Teknologi Utama Kelana Jaya pada 22 Jun lalu. Video ini dimuatturun dari blog Teh Tarik Bersama YB.

Thursday, June 23, 2011

Pengurus Rumah (bukan Pembantu Rumah) ada potensi pendapatan lumayan

Apabila Yayasan Felda mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan kursus Pengurus Rumah (Home Manager) di Pusat Latihan Kelana Jaya, pelbagai reaksi dtimbulkan oleh ramai pihak. Tetapi yang paling kelakar apabila ada pihak tertentu yang tidak berapa faham maksud kursus itu menyamakan Pengurus Rumah dengan Pembantu Rumah. Ada juga yang membuta tuli mengutuk dan melemparkan pelbagai tuduhan kepada Felda, kononnya Felda melatih anak-anak peneroka untuk menjadi orang gaji.


Mungkin golongan yang melemparkan tuduhan itu kurang bergaul dan tidak pernah melihat dunia luar. Di Amerika dan Eropah, permintaan untuk Home Manager di kalangan masyarakat profesional dan hartawan adalah tinggi. Di Eropah terdapat banyak kolej yang menawarkan kursus Home Manager atau Home Economics dan ramai golongan muda, baik lelaki mahupun wanita bersaing untuk menjadi Pengurus Rumah bagi golongan elit. Di Malaysia, Pusat Latihan Kelana Jaya Yayasan Felda boleh dianggap sebagai peneraju kursus berkenaan.


Trend untuk mempunyai Home Manager telahpun menular di Asia dan Malaysia sejak seabad lalu. Sudah ramai CEO, pengerusi syarikat-syarikat besar Malaysia, hartawan tempatan dan dipomat asing di negara kita mempunyai Home Manager, cuma perkara ini tidak pernah diberikan publisiti meluas.

Definasi Pengurus Rumah atau Home Manager ialah pekerja yang ditugaskan menjaga butiran harian pengurusan rumah supaya majikan mempunyai masa untuk melakukan perkara-perkara lain.  Pengurus rumah adalah jawatan yang agak umum dan fungsi sebenar berbeza mengikut situasi. Semakin kompleks kediaman dan standard rumah, maka semakin rumitlah tugas seorang Pengurus Rumah. 

Di Amerika dan Eropah, jawatan Pengurus Rumah adalah satu kedudukan yang dihormati. Lazimnya jawatannya adalah yang paling kanan dalam kakitangan di rumah. Pembantu rumah, tukang kebun, pemandu dan lain-lain semuanya melapor kepada Pengurus Rumah. Di Eropah biasanya, pembantu rumah bertanggungjawab bagi pengurusan lebih dari sebuah rumah. Pengurus Rumah yang berpengalaman perlu mempamerkan kualiti pengurusan yang tinggi standardnya. 


Pengurus Rumah mesti bijak mengurus  kakitangan, menjangkakan keperluan majikan, berfikir cara majikan fikirkan, memahami pengurusan harga, perancangan acara, keselamatan, dan sebagainya. Dia juga harus mempunyai pengetahuan dan kecekapan yang pelbagai serta tahu protokol, pengurusan akaun, inventori belanjawan isi rumah, kawalan bekalan, pengurusan acara rasmi, jadual perniagaan dan semua tanggungjawab rumah yang lain. 


Pengurus Rumah melapor terus kepada majikan dan dia adalah aset yang tidak ternilai kepada mana-mana isirumah yang sibuk. Pengurus Rumah yang terlatih dan berbakat boleh menjimatkan masa dan wang majikan. Di Amerika atau Eropah,  Pengurus rumah di Amerika boleh mendapat gaji dalam linkungan USD100,00 ke atas setahun, lebih tinggi daripada Butler yang biasanya mendapat dalam USD80,000 ke atas. 

Pengurus Rumah berbeza dengan tugas Butler yang biasanya berpakaian seragam dan hanya menguruskan kakitangan rumah, penerimaan tetamu,menyelia hidangan minuman dan makanan.


Semalam, seramai 13 pelajar pertama Pengurus Rumah dari  Pusat Latihan Kelana Jaya menerima sijil tamat latihan daripada Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Yusof Noor. Tahniah kepada Muhammad Firdaus Bin Zahar, yang menerima anugerah pelatih terbaik bidang Pengurus Rumah dari Pusat Latihan Kelana Jaya. 

Pelajar batch pertama bidang Pengurus Rumah itu adalah sebahagian daripada 474 pelajar yang menerima sijil tamat latihan kemahiran daripada Pusat Latihan Kelana dan tiga Kolej Integrasi Ilmu (KINI) di Trolak, Raja Alias dan Mempaga.


Tahniah juga kepada  rakan-rakan yang sama kursus dengannya, iaitu Ahmad Bustami Hussin (Felda Pekan Tajau), Ahmad Yuzairi Zulkifli (Taman Cheras Indah), Khairul Fatah Mohd Zaini (G Besout 2), Khairul Nazmi Nasri (Mayam), Mohd Zulkhairi Mohamed Arshad (Sg Koyan) 3), Muhamad Firdaus Zahar (Lok Heng Selatan), Muhamad Hamidi Mat Rasid (G Besout 2), Muhammad Fitri Nordin (Kemasul), Muhammad Syazwan Md roslan ((Kg Awah), Noorafifah Syahirah Binti Amri (Ulu Tebrau), Nor Sabiroh Musa (Chini 3), Noramirah Nordin (Lui Muda) dan Zafirah Zainuddin (Jengka 1).

Apa yang membanggakan, kesemua 13 lulusan Pengurus Rumah ini telahpun ditawarkan pekerjaan sebelum menerima sijil. 

  

Saya juga ingin ucapkan syabas kepada penerima-penerima sijil anugerah pelatih terbaik berikut: Norhafisza Napiah, Norbadriah Ahmad, Nurul Syafiqah Mahamud, Muhammad Firdaus Zahar (Pusat Latihan Kelana Jaya); Mohammad Hizamuddin Adnan, Nor Hidayah Bachok, Muhammad Asrul Azmi dari Kolej Integrasi Ilmu (KINI Raja Alias);  Muhamad Asyraf Mohd Zakarim, Nor Shakilla Yaacub (KINI Trolak); Roszaidi Ramli, Mohd Ashraf Mat Saad, Nor Aslinda Ibrahim, Muhammad Nor Amin Abd Aziz, Muhammad Amirul Hayat Abd Rahman dan Siti Nursyahirah Kamis (KINI Mempaga). Syabas anak-anak FELDA!


Monday, June 20, 2011

Anwar kehabisan modal pasal FELDA

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tak serik-serik nak burukkan kerajaan. Setelah tamat jalani hukuman penggantungan, dia masuk parlimen terus serang FELDA dengan isu yang telah dikitar semula entah berapa banyak kali.

Anwar masih lagi nak pertahankan cadangan bodoh yang termasuk dalam Buku Jungga  supaya FELDA Plantations Sdn Bhd serahkan tanah seluas 341,000 ekar kepada generasi kedua dan ketiga.

Naik jenuh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan terangkan bahawa keuntungan RM1.6 billion setiap tahun yang diraih oleh FELDA digunakan untuk bayar gaji 23,000 pekerja dan 60,000 buruh ladang.

Walaupun dijelaskan dalam bahasa mudah,. Anwar masih tak faham keuntungan FELDA dikembalikan kepada peneroka dalam bentuk peningkatan prasarana, kebajikan dan kerja-kerja CSR.

Anwar tak faham matematik kot?. Dia tak fikir jika 341,000 hektar tanah itu dibahagikan kepada 1.6 juta generasi FELDA, setiap seorang daripada mereka hanya akan akan terima 0.4 hektar sahaja. 

Apa ke benda nak buat dengan tanah seciput itu? Anwar tak fikir apa jadi kalau peneroka itu jual tanah itu kelak? Nanti habuk pun tarak. Mungkin itu agaknya niat sebenar Anwar - iaitu nak galakkan peneroka jual tanah mereka, kurangkan hak pemilikan orang Melayu?

Anwar juga sengaja nak cipta isu apabila dia persoalkan tindakan FELDA keluarkan pinjaman KWSP walhal Ahmad Maslan sudah jelaskan tujuan FELDA keluarkan RM3.55 bilion daripada RM6.5 bilion pinjaman KWSP itu adalah untuk membiayai program tanam semula kebun peneroka, projek perumahan peneroka dan meningkatkan program Gedung Makanan Negara.

Anwar juga buat tak faham dan tak endahkan rekod cemerlang FELDA membayar balik pinjaman.  Anwar bukan tak tahu pada tahun lalu, FELDA telah lunaskan bayaran balik kepada KWSP sebanyak RM99.69 juta dan anggaran bayaran balik pada tahun ini berjumlah RM269.44 juta pasti akan ditunaikan.

Satu dunia tahu bahawa FELDA pernah pinjam RM4.975 bilion daripada kerajaan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kuwait dan Tabung Saudi dan kesemua pinjaman itu telah dibayar balik pada 2000, iaitu 14 tahun lebih awal daripada jadual pembayaran sepatutnya. Mana ada syarikat korporat dalam dunia yang boleh tandingi kehebatan ini?

Sah-sah Anwar tak baca suratkhabar dan tak buat homework pasal FELDA. Main hentam keromo sahaja. Sudah-sudahlah tu Anwar! Carilah modal lain!

Wednesday, June 15, 2011

Anwar berlakon dalam klip video Wali Band

Sedang saya melayari YouTube terserempak dengan video ini. Saja nak tujukan kepada pengikut pelakon utama video ini yang terlalu mengagungkannya sehingga tak nampak belangnya yang sebenar. Nah, lihat sendiri!


Friday, June 10, 2011

Penyenaraian MSM Holdings di Bursa Saham satu keputusan bijak, kata Yusof Noor


Sebaik sahaja berita penyenaraian MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM), syarikat milik FELDA Global ke pasaran utama Bursa Malaysia menjadi rasmi, seperti diduga, ada sahaja pihak yang tidak puashati, termasuk bangsa kita sendiri. Walhal penyenaraian itu sebenarnya memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan peneroka FELDA khasnya yang memegang 20 peratus saham dalam MSM melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Paling menyedihkan apabila ada bangsa sendiri yang mengatakan Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok tidak patut menjualnya kepada MSM Holdings. Malah ada juga orang kita (orang Melayu!) dalam tweetnya mengatakan tindakan MSM itu sebagai "hampeh" dan mencadangkan lebih baik diberikan kepada orang Cina daripada FELDA.

Bekas pengerusi FELDA dan juga pengerusi Yayasan FELDA, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor terkejut apabila mendapat tahu hal ini. Tetapi beliau tidak melenting dan menjawab dengan tenang apabila diajukan soalan.

Yusof mengakui sebelum pembelian itu terdapat juga pihak-pihak tertentu yang cuba potong jalan MSM sebab mereka tahu sudah ia adalah bisnes yang boleh memberikan keuntungan yang banyak kepada FELDA.

"Lembaga Pengarah tidak buat keputusan begitu sahaja. Mereka buat keputusan berdasarkan kajian yang mendalam terhadap industri gula.  apabila kita buat keputusan, kita mesti memikirkan apakah ia dapat beri faedah kepada komuniti FELDA. Ini adalah satu peluang kepada peneroka untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi.

"FELDA tidak boleh bergantung kepada satu komoditi sahaja. Selama ini kita bergantung kepada kelapa sawit. Tak mungkin sawit dapat bertahan selama-lamanya kerana tanah kita tak sesubur dan seluas negara lain. Selepas lebih 20 tahun, industri sawit mungkin dikawal oleh negara lain, jadi apa jadi dengan peneroka? Langkah penyenaraian ini adalah langkah futuristik yang berteras kepada kajian. Apa yang dibuat oleh MSM Holdings adalah keputusan yang sangat bijak," kata Yusof.

MSM Holdings akan disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 28 Jun ini dan akan menutup tawaran runcitnya pada 13 Jun ini. Melalui tawaran awam permulaan (IPO), MSM akan menerbitkan 234.564 juta saham biasa bernilai RM0.50 sesaham dan ia dijangka mengumpul dana sebanyak RM792 juta. Sebanyak 28.12 juta saham diperuntukan kepada pelabur runcit pada harga lebih rendah daripada harga institusi, iaitu 97 peratus daripada RM3.38 sesaham.

Berdasarkan harga runcit pada RM3.38 sesaham, pelaksanaan IPO itu dijangka mengumpul dana sebanyak RM422.5 juta untuk MSM. CIMB Investment Bank Bhd. (CIMB Investment) telah dilantik sebagai penasihat utama dan koordinator global tunggal MSM untuk penyenaraian tersebut.


Thursday, June 2, 2011

Dewan Gemilang Yayasan Felda Canggih


Mencari tempat perkahwinan? Mencari lokasi yang sesuai di sekitar Petaling Jaya atau Damansara dan dekat dengan kemudahan awam seperti stesen LRT? Apa kata anda cuba Dewan Gemilang Yayasan Felda yang terletak bersebelahan Pejabat Pos Kelana Jaya.

Dewan berkenaan pada asalnya adalah dewan Asrama Semai Bakti Kelana Jaya yang kini sudah dipeindahkan ke Keramat. Ia terletak di dalam kawasan Institut Teknologi Utama (ITU). Dewaa ini mempunyai kapasiti sehingga 500 orang bagi acara bankuasi, 1,000 orang bagi hidangan buffet secara berperingkat, 500 bagi peserta seminar dan 800 bagi seminar berbentuk teater.

 
Dewan ini menggunakan teknik pencahayaan futuristic dan dilengkapi skrin di kiri dan kanan pentas, sebuah bilik VIP, sebuah bilik persiapan, bilik urus setia, surau, tempat letak kereta yang boleh memuatkan 200 kereta serta kemudahan audio video.

Dewan Gemilang ini diuruskan oleh D’Saji yang juga menguruskan Dewan Perdana dan Dewan Merak Kayangan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur.D’Saji juga menyediakan kelengkapan pelamin dan sebagainya.


Harga Pakej Perkahwinan Dewan Gemilang Yayasan Felda bermula dengan RM27 sahaja. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi D’Saji di 03-2698 9302.