Semakin dekat PRK Kerdau, semakin galak pembangkang mensensasikan isu-isu kecil dan basi terutama berkaitan Felda. Alasannya mudah saja – mereka kehabisan idea, maka tiada cara lain kecuali “recycle” tuduhan-tuduhan lapok.
Betapa ceteknya pengetahuannya mereka mengenai Felda. Inilah akibatnya kalau tak buat “homework”. Pembangkang tak nampak ke, tak ambil tahu bahawa Felda Plantations itu milik peneroka juga.
Pembangkang tak tahu ke peneroka melabur dalam Koperasi Pembangunan Felda? Pembangkang tak tahu ke pelabur golongan peneroka ini mempunyai 51% saham dalam Felda Plantations dan menerima dividen 14% setahun?
Pembangkang tak tahu ke, segala hasil daripada tanah seluas 330,000 hektar itu dikembalikan semula kepada peneroka dalam pelbagai bentuk seperti program kemahiran, pembangunan prasasana dan sebagainya?
Pembangkang tak tahu ke Felda memperuntukkan RM50 juta setiap tahun untuk program kemahiran untuk anak-anak peneroka? Pembangkang tak tahu ke sehingga kini Felda telah melatih 33,017 anak peneroka dalam program kemahiran itu?
Pembangkang tak tahu ke, sehingga tahun lalu Felda sudah meluluskan RM101.5 juta skim pinjaman pembesaran rumah kepada peneroka di Felda Wilayah Jengka? Pembangkang tak tahu ke, menerusi skim itu peneroka boleh meminjam sehingga RM40,000 untuk membesarkan atau membaik pulih rumah asal yang sudah berumur lebih 30 tahun lalu?
Nasihat saya kepada pembangkang, sebelum membuat tuduhan melulu, siasatlah dulu. Jika fakta tak betul, sendiri yang malu.
Saya lihat, setelah pembangkang gagal mempengaruhi pengundi dengan pelbagai cara, mereka gunakan pula taktik kotor dengan mencemari reputasi calon BN, Ustaz Ibra kononnya dia tidak habis belajar. Mereka berbuat demikian setelah mendapati rekod Ustaz Ibra dan isterinya, Ustazah Sharifah Farunai tiada cacat cela.
Alahai pembangkang, pengundi Kerdau terutama peneroka Felda, memang maklum Ustaz Ibra lebih berwibawa daripada calon PAS, Hassanuddin Salim, yang sudah kalah PRK dua kali dan dalam perjalanan melakukan hattrick (kalah kali ketiga berturut-turut)!
No comments:
Post a Comment