Tuesday, June 28, 2016

RM50 Ribu Denda Terhadap Pesalah Ulat Tiket!


Itulah jumlah denda yang bakal dihadapi oleh mana-mana individu atau kumpulan yang bertindak sebagai ulat tiket di terminal bas-bas ekpres di seluruh negara. Bukan itu sahaja, jika disabitkan kesalahan penjara 3 tahun turut dikenakan. Kesemua ini sudah termaktub dalam Sis

Tindakan tegas begini sememangnya perlu, memandangkan operasi ulat tiket ini semakin menjadi-jadi bila tiba musim perayaan. Walaupun sudah pelbagai kempen kesedaran dilakukan, tapi masih ramai pengguna yang menjadi mangsa kerakusan ulat tiket ini.

Thursday, June 23, 2016

SPAD Terus Berkhidmat Di Hari Raya


Bukan sesuatu yang asing buat anggota penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertugas di musim perayaan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, unit penguatkuasa SPAD yang melipat gandakan operasi di kawasan panas terutamanya terminal-terminal bas.

Walaupun undang-undang sudah dikuatkuasakan, pesalah berkitan pengangkutan awam darat telah  di denda dan dipenjara. Ia tidak mampu menghentikan kegiatan haram secara total. Pasti ada yang menjadi ulat tiket, ada saja yang menipu tambang dan ada saja yang mengambil atau menurunkan penumpang di lokasi yang tidak sepatutnya.


Saturday, June 18, 2016

Meliberalisasikan Industri Teksi Negara


Cabaran membaik pulih imej industri teksi sudah beralih ke fasa baharu. Jika sebelum ini kita dapat lihat pelbagai intensif dan bantuan diberikan kepada para pemain dan pengendali teksi. Kali ini langkah meliberalisasikannya bakal diambil bagi membawa industri teksi seiring dengan keperluan dan peredaran masa kini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memperincikan beberapa cadangan kepada Kerajaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan sihat dalam industri teksi.

Wednesday, June 15, 2016

Perkhidmatan MyBas Kini Di Ipoh



Satu perkembangan menarik buat penduduk sekitar Ipoh. Perkhidmatan MyBas yang telah beroperasi dengan jayanya di beberapa negeri seperti Seremban dan Kangar kini beroperasi di ibu negeri Perak. Ia merupakan hasil usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerja sama The Combined Bus Services Sdn Bhd (TCBS).

MyBas Ipoh ini dikatakan akan melalui beberapa kawasan seperti Chemor, Stesen 18, Mengelembu, Lapangan Terbang Sultan Azalan Shah, Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, AEON Ipoh dan stesen-stesen komuter. TCBS telah diberi kepercayaan beroperasi di laluan terbabit di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST).

Sunday, June 5, 2016

Baik Pulih Jambatan Keretapi Kemubu Giat Dilakukan


Kesan kerosakan banjir terburuk yang melanda pantai timur masih jelas kelihatan di beberapa lokasi di sekitar Kelantan dan Terengganu. Antara yang terlibat adalah laluan jalan keretapi KTMB yang menghubungkan Gua Musang - Kemubu. Jambatan yang menjadi laluan keretapi musnah sehingga KTMB terpaksa menghentikan perkhidmatan ke sana serta merta.

Dalam lawatan awal pasca banjir Disember 2014, mendapat jambatan terbabit tidak dapat digunakan lagi dan kerja baik pulih jambatan perlu dibuat kadar segera. Jambatan yang rosak ini telah dibina pada 1932, sepanjang 193.7 meter dengan berat 155 Tan.