Friday, February 28, 2014

40 Peratus Lori Nazak Masih Beroperasi


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid memberitahu bahawa 40 peratus kenderaan berat iaitu lori dan treler di negara ini dikategorikan sebagai kenderaan uzur atau lama.

Keadaan ini membimbangkan kerana kemampuan kenderaan berat kategori ini untuk beroperasi dengan cekap dan selamat amat diragui. Situasi ini meletakkan kenderaan ini upama bom jangka yang boleh meledak pada bila-bila masa.

Wednesday, February 26, 2014

Servis Teksi Gersang Tergendala


Servis ke neraka jawabnya ni! Akhir zaman begini pelbagai perkara yang kita sangka tidak berlaku sudah pun berlaku sedikit demi sedikit. Memang jahanam kalau ada servis begini dalam industri pengangkutan awam negara.

Teksi gersang yang disebutkan ini bukanlah servis mencari pelanggan, tetapi lapar mencari mangsa. Ini berikutan akhbar The Star beberapa hari sudah, melaporkan pemandu teksi yang tak tahan lepas gian terhadap penumpangnya. 

Tuesday, February 25, 2014

SPAD Perhalusi Laporan Audit Kemalangan Bas Genting


Kecuaian dan memandu laju. Itulah hasil muktamad punca utama kemalangan bas di Genting Highland yang berlaku pada Ogos 2013 lalu. Keputusan tersebut telah dilampirkan ke dalam laporan audit yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan baru-baru ini.

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedia maklum akan pengisian laporan ini dan akan meneliti setiap syor penambahbaikan yang dicadangkan samada melibatkan proses atau prosedur perkhidmatan awam.

Saturday, February 22, 2014

Shamsubahrin Bikin Semak Dalam Industri Pengangkutan Awam


Walaupun dibuat beribu kebaikan, dizahir beribu pencapaian. Tetap akan kedengaran suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati. Begitulah asam garam yang dilalui oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sepanjang penubuhan sejak 2010. 

SPAD yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar ini tidak henti-henti dijadikan sasaran oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merosakkan imej suruhanjaya di mata rakyat.

Tuesday, February 18, 2014

Teksi Bandar Mengelat di KLIA



Berjam-jam tunggu baru dapat penumpang! Itu antara alasan diberikan oleh pemandu teksi mengapa mereka dikatakan terpaksa caj tambang mahal dan tidak menggunakan meter. 

Tapi sebab musabab yang diberikan itu tidak boleh dijadikan sandaran konkrit untuk mengenakan caj perkhidmatan tinggi. 

Sunday, February 16, 2014

Pemandu Lori Mengamuk! SPAD Rajin Sangat Buat Kerja!


Kalau marah tak buat kerja kita fahamlah! Tapi lain pula kisahnya apabila 50 pemandu lori tanah dan batuan membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di JPJ Taman Daya, Johor Bahru pada 12 Februari lepas.

Kesemua 50 pemandu lori tidak puas hati dengan kekerapan operasi yang dijalankan oleh SPAD walaupun ianya mengikut SOP. Walhal SPAD telah diberi amanah mengawalselia dan menguatkuasa undang-undang yang telah diwartakan bagi menjaga kepentingan awam.

Thursday, February 13, 2014

Alien Bukit Bintang Dicekup!


Muka Pakistan, ala bangla campur Nepal tapi dalam kad pengenalan guna nama Melayu. Dah tu, mengaku pula berasal dari Sabah!? Memang curiga bah!

Tapi itulah antara tangkapan yang telah dilakukan oleh penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam operasi khas yang dikenali Ops Tegas Alien.

Wednesday, February 12, 2014

Di Sekitar Terminal Amanjaya


Pada Oktober tahun sudah timbul keluhan dari beberapa kumpulan kecil apabila Terminal Amanjaya mula beroperasi pada 25 September 2013. Terminal yang terletak di Ipoh, Perak ini dikatakan punya kelemahan dari sudut lokasi dan kurang promosi.

Namun pelan penyelesaian telah diutarakan oleh Kerajaan Negeri Perak bersama-sama dengan Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sila rujuk artikel terdahulu DISINI.