Sunday, May 25, 2014

SPAD Transformasi Pengangkutan Awam Johor


Negeri Johor bakal melalui satu fasa transformasi bagi penambahbaikan sistem pengangkutan awam. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, YAB Datuk Seri Khaled Nordin.

Khaled Nordin memberitahu, penambahbaikan ini meliputi beberapa aspek seperti tahap keselamatan, kebolehpercayaan, efektif dan memberi keyakinan kepada pengguna awam.

Monday, May 12, 2014

KLIA Ekspres Antara Terpantas Di Malaysia!


Tahukah anda bahawa KLIA ekspres yang menghubungkan antara KL Sentral dengan Lapangan Terbang Antarabangsa di Sepang merupakan antara perkhidmatan keretapi terpantas di Malaysia. Keretapi ekspres ini turut menyediakan khidmat henti-henti di beberapa stesen yand disediakan.

KLIA ekspres ini mampu mencapai kelajuan maksimum 176 km/j dan mengambil masa kurang dari 30 minit untuk sampai ke destinasi. Para penumpang adakalanya tidak perasan apabila keretapi mencapai kelajuan maksimum ini. Ini berikutan kemajuan teknologi yang digunakan bagi membina infrastruktur landasan dan kualiti kenderaan itu sendiri.

Pemilihan PKR 2014 Huru-Hara!



Pemilihan dalam PKR kali ni macam biasa, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. HURU HARA! Dalam beberapa lokasi pemilihan cabang, pasti ada pertikaman lidah dan bersilat segala bagai. Kerusi, meja kertas undi bertaburan disekeliling tempat mengundi. 

Paling bangang bila semua kekecohan dan salah terang-terang berpunca dari dalaman parti. Seboleh-boleh nak salahkan PARTI LAIN yang tak ada minat langsung nak ambil port pasal pemilihan bingai dorang ni.

Transformasi Khidmat Teksi Setaraf Negara Maju


Usaha ini bakal menjadi realiti melalui skim Teksi 1Malaysia yang merupakan inisiatif kerajaan dalam mentransformasi pengangkutan awam di negara ini. Kerjasama dia ntara pihak pengendali dengan kerajaan perlulah selaras bagi memastikan sasaran dicapai.

Melalui skim TEKS1M, sebanyak 2,604 buah teksi bandar dan eksekutif akan beralih arah kepada model kenderaan Proton Exora menjelan akhir 2014. Proses peralihan ini bukan sahaja tertumpu kepada Lembah Klang, malah Johor Bahru dan Pulau Pinang turut terlibat.

Sunday, May 11, 2014

SPAD Putrajaya Berpindah Ke Kelana Jaya


Bagi yang selalu berurusan dengan SPAD di Putrajaya adalah dimaklumkan bahawa pejabat di Putrajaya telah berpindah ke Kelana Jaya mulai 12 Mei 2014. 9hb Mei 2014 merupakan hari terakhir operasi bagi Pejabat SPAD Putrajaya. 

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan yang ditawarkan pada hari tersebut adalah terhad kepada permohonan bagi proses Kad Pemandu, LPS dan Penerimaan Borang Permohonan sahaja.

Thursday, May 1, 2014

Catuan Air Berakhir Hari Ini!


Setelah berminggu-minggu penduduk Lembah Klang berhadapan dengan catuan air. Akhirnya tempoh catuan air ditamatkan hari ini 1 Mei 2014. Nak tunggu keputusan Kerajaan Negeri Selangor, tak kunjung tiba. 

Apa yang kita dengar nak guna air lombonglah atau pembenihan awanlah sebagai jalan penyelesaian. Lagi-lagi idea bangang ni. Memanglah Selangor ni bersepah dengan takungan lombong-lombong yang dah tidak beroperasi lagi. Ada dah jadi kawasan rekreasi, ada pula dah dikambus sedikit demi sedikit untuk dibina kawasan perumahan.