Sunday, December 22, 2013

Himpun 31 Disember? Strategi Cari Free Audience!


Nak pusing ikut mana pun pakatan tak bleh nak lari dari terlibat jadi hantu untuk bikin kecoh 31 Disember ni! Tapi kenapa pulak beriya-iya nak buat 31 Disember! Naper tak buat besok jer terus!

Sebelum ini puak pembangkang cuba buat gempak nak hentam kerajaan dalam isu cukai pintu di Kuala Lumpur! Maka beribu-ribu datang berhimpun depan DBKL pada 16 Disember lepas. Opss..400 orang jer bro! 400 tu pun datang jadi posmen bawa kotak kononnya surat bantahan!

Tambang Baharu Rel Perlu Kajian Teliti!


Awal bulan ini kecoh mengenai pelbagai harga barangan dan kos perkhidmatan bakal naik. Ia berikutan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Kenaikan ini adalah disebabkan kesan penyelarasan harga domestik bahan bakar bagi menjana elektrik di negara ini seperti gas asli dan arang batu global. Kesan peningkatan ini turut terpalit kepada perkhidmatan rel seperti Sistem Aliran Ringan (STAR) dan (PUTRA) yang menggunakan elektrik untuk bergerak.

Saturday, December 21, 2013

Bas Dipasang GPS! Patut dah lama buat!



Negara-negara maju malahan di kebanyakan negara membangun seperti China juga telah mengadaptasi penggunaan Sistem Pengesan Global (GPS) kepada kenderaan pengangkutan awam.

Di Malaysia, idea penggunaan GPS ini telah lama kita dengar. Tetapi setiap kali cadangan begini diutarakan macam-macam bunyi kedengaran dikalangan pengusaha pengangkutan awam yang menggunakan alasan sama iaitu kos tinggi. 

Thursday, December 19, 2013

Wujudkan Intergrasi Antara PBT & SPAD


YAB Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor supaya menubuhkan unit pengangkutan awam bermula tahun hadapan bagi melibatkan diri dalam usaha meningkatkan pengangkutan awam yang lebih berkesan.

Penubuhan unit ini dilihat perlu bagi perkembangan pengangkutan awam selari dengan kepesatan pembangunan dan pembukaan bandar-bandar baharu di negeri ini di masa-masa akan datang.

Wednesday, December 18, 2013

Penggunaan Pengangkutan Awam 5% jer?!!


Di mana silapnya? Angka yang dinyatakan menunjukkan kadar peratusan penggunaan pengangkutan awam oleh rakyat negara ini. Lima peratus jer? Itulah hakikatnya! Namun Tan Sri Syed Hamid selaku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ada jawapannya.

“Saya tidak terkejut hanya lima peratus dari rakyat di seluruh negara menggunakan pengangkutan awam. Hanya Kuala Lumpur yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang boleh dianggap bagus dibandingkan bandar lain," kata Syed Hamid.

Thursday, December 12, 2013

Konvoi Shabery Chik Eksiden Masuk Gaung! SPAD Ambil Tindakan!


Bukan Shabery masuk gaung! Tapi trak tentera! Juak pembangkang ni kalau pasal tambah perisa dalam cerita memang macam haram! Tak payahlah nak goreng kononnya ni petanda tak baik atau petunjuk atau ramalan atau tak ikhlas segala bagai.

Sebuah trak yang mengikuti konvoi Menteri Penerangan Komunikasi, Datuk Seri Shabery Chik terlibat kemalangan di jalan Kemaman menghala ke Pekan Cheneh. Trak tentera ini dalam perjalangan membawa bekalan makanan dan keperluan untuk mangsa banjir di Kg Pasir Putih.

Wednesday, December 11, 2013

Fauziah Tunjuk Bukti Banjir Ni Salah BN!!


Alahai! Apa lagilah puak pembangkang ni nak kelentong! Orang semua tengah bertungkus-lumus menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Mereka pula sibuk nak cipta fitnah menunding kesalahan kerajaan.

Ahli Parlimen Kuantan,Fauziah Salleh cuba nak buruk-burukkan kerajaan dengan menyatakan tiada bantuan digerakkan bagi membantu mangsa banjir.

Tuesday, December 10, 2013

Mat Sabu Plan Nak Saman atau Coverline?



Bila Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi mendedahkan bahawa Mat Sabu mengikut ajaran Syiah. Mat Sabu dengan pantas plan nak saman Zahid Hamidi kerana memfitnah beliau. 

Dalam kenyataan media semalam, Zahid tak takut dengan acah Mat Sabu nak menyamannya. Katanya ada bukti-bukti dan akan dedahkan bila sampai masanya.

Monday, December 9, 2013

Cara Bakar Duit RM2 juta !!


Kalau duit berlambak giler pun tak ada lah nak berlagak sampai sanggup bakar duit. Tapi kalau dah tak sengaja rasanya bolehlah dimaafkan kot? Rasanya payah kita nak dengar orang tak sengaja bakar duit.

Tetapi kemalangan yang berlaku di Kilometer 260, Lebuhraya Utara Selatan dua hari lalu melibatkan tiga unit kereta mewah jenis Lamborghini boleh juga kita anggap cara tak sengaja bakar duit. 

Hanya Empat Hari Dapat RM1.4 Juta Hasil Tipu Rakyat!!?



Yang hangpa semua pergi tengok buat apa! Kan dah kena tipu! Dipercayai ramai tertipu dengan wajah Ustaz besau giler yang menghiasi poster promosi filem "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang". 

Filem arahan Pierre Andre ini hanya menyelitkan satu babak ringkas sahaja yang memperlihatkan lakonan pak ustaz sedang berceramah, itu pun nampak macam rakaman di ambil ntah mana-mana.

Safee Sali Akhiri Status Duda 28 Disember Ni!


Pemain bola sepak Johor Darul Takzim yang juga bekas pemain pasukan Pelita Jaya, Safee Sali bakal melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihan yang berasal dari Indonesia pada 28 Disember 2013.

Gadis yang dikenali dengan panggilan Sasha ini telah dikaitkan dengan isu keretakan rumah tangga Safee Sali sebelum ini bersama bekas isterinya, Sabrina Yusof pada tahun 2012. 

Pemenang Anugerah SPAD 2013!


Tahniah diucapkan kepada Sani Espress Sdn Bhd dan Konsortium Transnasional Berhad yang telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pengendali Terbaik bersempena Simposium Pengangkutan Awam Darat yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pemberian anugerah ini adalah berdasarkan kecemerlangan dua syarikat pengendali ini dalam pengurusan pemandu, skim gaji dan pengurusan rekod. 

Sunday, December 8, 2013

Kencing Pembangkang Banjiri Malaysia!!


Rasanya rakyat sudah mampu berfikir bila berlaku sahaja bencana banjir sebegini pihak mana yang akan mula-mula sekali yang menghulurkan bantuan dan pihak mana pula yang pandai main 'wayang' kononnya depa 'perihatin'!

Di Malaysia walaupun tiada taufan yang meragut puluhan ribu nyawa seperti di Filipina baru-baru ini. Namun bencana banjir yang seringkali berlaku makin lama semakin parah. 

SPRM Perlu Kuasa Halang Gejala Kroni


Entiti bebas Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mencadangkan supaya Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dipinda bagi meningkatkan usaha mengekang penyalahgunaan kuasa.

Penyalahgunaan kuasa yang dimaksudkan adalah berkaitan isu pemberian kontrak, tender, tanah, perolehan atau sebagainya oleh seorang anggota pentadbiran kepada anggota keluarga terdekat.

Sunday, December 1, 2013

SIMPOSIUM PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2013


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menganjurkan satu simposium antarabangsa yang dikenali sebagai "SPAD LPT Symposiun" dengan tema "2nd New Urbanism & Smart Transport Conference 2013".

Simposium yang akan berlangsung pada 2 Disember 2013 (Isnin) di Hotel Istana, Kuala Lumpur ini akan diisi dengan pembentangan kertas kerja oleh pakar dan penceramah sistem pengangkutan awam dari negara-negara ASEAN dan Timur Tengah.