Tuesday, November 15, 2011

Petugas FELDA Dapat Banglo

Gambar Hiasan
Sedang peneroka semakin meningkat taraf hidup sehingga mampu membina banglo bertingkat dan bekereta. Tapi masih ada kakitangan Felda masih menduduki rumah usang yang hanya mempunyai dua bilik sahaja. 

Akhirnya para kakitangan Felda akan disediakan kuaters yang lebih selesa apabila Datuk Ahmad Maslan mengumumkan mulai tahun depan, pengurus-pengurus rancangan Felda dan kakitangan Felda akan disediakan rumah yang lebih besar dari jenis Semi D sehinggalah ke banglo. Alhamdulillah!


Harga rumah-rumah yang bakal dibina ini antara RM160 ribu sehingga RM270 ribu. Kami peneroka tumpang gembira dengan berita baik ini kerana bagi kami benda ini sememangnya layak untuk semua warga Felda.

Kami sedia maklum bahawa sejak Felda wujud sejak awal 1950an kediaman / kuaters kakitangan Felda tidak pernah dipertingkatkan. Kami berharap proses peningkatan kediaman petugas Felda ini selari dengan kediaman para peneroka. 

Tapi kami peneroka ingin mengingatkan kepada para pegawai Felda kerana masih terdapat beberapa kediaman para peneroka dalam keadaan daif seperti di Palong Timur 02. 

Kami diberitahu bahawa pemilik rumah terbabit telah memohon pinjaman untuk membesarkan rumah sebanyak TIGA kali tetapi tidak DILAYAN! Harap para pegawai Felda dan orang kuat Felda turun padang melihat dan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin sebelum parah menjadi barah mainan pembangkang.

Minta Jasa Baik Pihak Berwajib Felda Bertindak Mengenai Pekara Ini

Monday, November 14, 2011

Tahniah Kepada Penerima Anugerah Semai Bakti 2011

Datuk Ahmad Maslan
Seramai 22 orang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Semai Bakti tahun ini. Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf usaha tidak mengenal lelah para kakitangan Felda seluruh Malaysia yang sama-sama memacu organisasi ke peringkat Global. 


Tan Sri Isa Samad
Ada diantara mereka ini telah berkhimat selama lebih 30 tahun dan usaha mereka tidak terhenti disini kerana mereka ingin terus berbakti kepada Felda.

Penerima Anugerah
Walaupun urusan yang dilakukan oleh mereka ini adalah bersifat setempat. Namun, komitmen penuh mereka menjayakan Felda telah memberi impak paling berkesan bagi merealisasikan semua harapan peneroka tanah rancangan. 

Kategori Anugerah yang dikurniakan dan jumlah penerima adalah seperti berikut:
Anugerah Darjah Utama - 1 orang
Anugerah Darjah Kedua - 6 orang
Anugerah Darjah Ketiga - 11 orang
Anugerah Pengurus Terbaik - 4 orang


Para Penerima Anugerah
Timbalan Pengarah Besar Perladangan dan Perkebunan, Mohd Nor Bin Kailany mengetuai para penerima Anugerah Semai Bakti 2011 ini.

Kami peneroka ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi serta tahniah kepada kakitangan Felda yang terpilih untuk merangkul Anugerah terhebat ini. 

Kerana sebahagian pemenang anugerah ini adalah kawan-kawan kami untuk berbincang dan tempat berkongsi pendapat. 

Hasil keakraban antara peneroka dengan kakitangan Felda ini lah yang membimbangkan pihak pembangkang. Kerana benteng pertahanan Felda semakin kebal dari diracun mereka. Sebab itu mereka sedaya upaya menabur fitnah memburukkan usaha rakan-rakan kami kakitangan Felda. 

Dakyah yang pernah digunakan pembangkang adalah mengatakan Felda Bankrap/Muflis. Ramai rakan kami di dalam terperanjat ketika isu ini dilalakkan pembangkang. Tapi kami peneroka sudah masak  tentang mainan sampah Fitnah pembangkang yang cuba-cuba melongkangkan minda peneroka. 

Kini kami peneroka dan kakitangan Felda akan gempur habis-habisan memateri mulut pemfitnah laknat si pembangkang. 

Thursday, November 3, 2011

Belia FELDA Bersaing Merebut Anugerah

Majlis Pelancaran Anugerah Belia Felda Malaysia 2011 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Felda Villa, Kuala Lumpur semalam.

Pelancaran ni memang dinanti-nantikan oleh semua para belia dan beliawanis FELDA seluruh negara. 


Semua belia terdiri daripada individu atau berkumpulan rupa-rupanya telah pun mula giat menggerakkan pelbagai aktiviti sejak awal tahun lagi bagi merebut takhta dalam beberapa kategori anugerah ini.



Antara kategori yang dipertandingkan:
1- Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia
2- Persantuan Belia Terbaik Bidangan
3- Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia dan Beliawanis FELDA Malaysia.
4- Anugerah Usahawan Jaya Belia Tani FELDA Malaysia
5- Anugerah Usahawan Jaya Belia Industri FELDA Malaysia
6- Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Belia FELDA Malaysia
7- Anugerah Pencapaian Sukan Belia FELDA 
8- Anugerah Pencapaian Kesenian Belia FELDA Malaysia
9- Anugerah Personaliti Istimewa (OKU) Belia FELDA Malaysia
10- Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM
11- Anugerah Khas ABFM: Majlis Belia FELDA Wilayah Terbaik


Pemenang untuk setiap kategori akan menerima wang tunai, piala iringan dan sijil penghargaan. Jumlah keseluruhan wang tunai untuk anugerah ini dianggarkan bernilai lebih RM50,000. 



Tujuan anugerah sebegini dijalankan adalah untuk memberi galakan serta membentuk jati diri para belia FELDA untuk menjadi sebahagian kepada kemajuan negara.

Keputusan pemenang bagi setiap anugerah akan berlangsung pada Februari 2012. 

Kami peneroka lihat jumlah wang tunai untuk setiap kategori tidak pernah dipinda atau meningkat sejak 2006 lagi. Nilai saham FELDA meningkat, harga sawit dah naik, tapi untuk hadiah anugerah berprestij ni macam tu jugak.

Belum sempat kami nak suarakan, tak disangka Datuk Ahmad Maslan sudah lebih dahulu membangkitkan perkara ini. Rupanya Ahmad Maslan dalam frekuansi yang sama dengan kami peneroka dalam hal ni.

Ahmad Maslan memberitahu, perkara ini akan diperbincangkan bersama pihak atasan FELDA bagi merealisasikan pindaan ini. Terima Kasih Datuk kerana peka kepada permintaan kami.