Thursday, October 20, 2011

Kerjasama FELDA dengan Cardiff City FC


Memang hebat, semakin banyak peluang diterima peneroka sejak akhir-akhir ini. Kalau dulu pelbagai insentif bantuan dan bonus diterima, kali ini peneroka dapat lagi suntikan bagi mengembangkan komuniti sukan bola sepak untuk anak FELDA.

Isnin lepas, 17 Oktober, FELDA telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kelab Bola Sepak Inggeris, Cardiff City bagi menggerakkan program pembangunan komuniti melalui sukan bola sepak. 

Perjanjian telah ditandatangani oleh Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab dan Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee.

Nampaknya anak-anak peneroka FELDA selepas ini bakal menerima latihan bola sepak ala "English Club" bagi mencungkil bakat terpendam di kalangan anak-anak peneroka. 

Dua tenaga pengajar dari kelab terbabit iaitu jurulatih, Kevin Cooper dan bekas pemain, Matthew  Holland sudah berada di Malaysia bagi melatih anak-anak peneroka.

Projek perintis dah pun bermula sejak 19 September di Felda Jengka, Pahang dengan jumlah peserta seramai 70 anak peneroka. 

Disebabkan reaksi positif diterima di kalangan peneroka, Dzulkifli mengatakan bahawa FELDA dalam perancangan memperluaskan program ini ke semua 317 skim di seluruh negara yang melibatkan sejumlah 300,000 kanak-kanak.


ps: anak peneroka jer ker? saya nak jugak..manalah tahu terpilih untuk main kat English league.

Anak Peneroka Dapat Lesen Senggara Pesawat


Syukur Alhamdullilah, segala penat lelah anak-anak peneroka untuk berkembang dalam bidang teknologi kejuruteraan pesawat sudah pun berada dalam genggaman.

Daripada sejumlah 46 penerima lesen senggara pesawat yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Kompleks MAS, Sepang. Seramai 29 orang adalah anak peneroka FELDA yang datang dari pelbagai tanah rancangan.
Penyampaian Lesen di majlis 100 tahun perkhidmatan udara


Manakala daripada 29 anak FELDA tadi, seramai 11 orang daripada mereka adalah golongan hawa yang telah diiktiraf layak menjadi jurutera senggara pesawat.



Kejayaan anak FELDA ini telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan ini membuktikan transformasi yang dijana oleh Datuk Seri Najib bersama golongan Profesional FELDA bukanlah janji kosong kepada kita semua para peneroka.


"Tahniah diucapkan kepada anak-anak peneroka yang berjaya. Kami amat berbangga dengan pencapaian anda semua walaupun anak-anak semua datang dari tanah rancangan yang berbeza"

Segala usaha peneroka selama ini yang membanting tulang memerah keringat bersama FELDA amat berbaloi kerana dapat melihat anak serta cucu mereka hidup berjaya dengan kerjaya yang bersesuaian dengan teknologi semasa.

Ahli keluarga FELDA mengambil gambar kenangan
Kelihatan ibu FELDA seronok merakam 

Sunday, October 16, 2011

Rampasan KUASA dalam FELDA?!

Meroyan lagi pihak dan blogger pro-pembangkang yang terus menerus menyebarkan fitnah kononnya Tan Sri Isa Samad merampas kedudukan sebagai pengerusi Koperasi Peneroka Felda (KPF). 

Tak habis-habis pusing cerita. Mereka yang melalak ini bukannya di kalangan peneroka. Tapi orang luar yang kononnya memperjuangkan hak peneroka? Walhal mereka ini tidak mengetahui langsung mengenai proses perlantikan satu-satu kedudukan / pangkat dalam FELDA.

Mereka ini hanya sekadar penonton yang membuat bising dalam panggung!!

Penonton jenis ni memang selalu seronok mengkritik cari salah orang. Jalan cerita tak best lah, pelakon kaku lah, skrip tak bagus lah dan macam-macam lagi.

Sedangkan penonton yang memekak ni satu apa pun tak tahu pasal menghasilkan Filem.

Begitulah mereka, kritik macam Pro..tapi sebenarnya PeROsak. Satu apa tak tahu pasal proses dalaman FELDA. Tapi berlagak macam orang paling layak memimpin FELDA. 

Kita layan video ni. Tan Sri jelaskan mengenai perlantikan beliau dalam KPF. 


Tiada Rampasan Berlaku! 

Dah jelaskan pun.. mereka akan pusing juga ceritanya..Peneroka dah masak dengan perangai dorang ni.




Friday, October 14, 2011

Peneroka Hebat Langsai Segala Hutang


Terbukti hebat, jujur dan amanah. Itu yang mampu diucapkan kepada seramai 102,560 peneroka yang sudah menjelaskan bayaran balik pinjaman kepada FELDA sebanyak RM3,105 juta atau RM3.1 Billion.

Ini membuatkan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR) mati akal untuk mencari titik kelemahan pengurusan FELDA. Kamarul sengaja mengajukan soalan kepada Datuk Ahmad Maslan untuk mengetahui berapa ramai peneroka yang masih berhutang. 

Jumlah yang masih berhutang hanyalah seramai 10,075 orang yang terdiri daripada RM92.863 juta pinjaman belum berbayar. Amat jauh berbeza dari angka yang disebutkan awal tadi. Ini bermakna hanya baki 9% sahaja peneroka yang masih dalam peringkat pembayaran balik pinjaman.

Sehingga 1 Okt 2011, jumlah pinjaman bagi 112,646 peneroka adalah RM3,220 juta atau RM3.2 Billion. Ini merupakan kos pembangunan yang didahulukan oleh FELDA yang meliputi kos pembersihan hutan, pembangunan ladang, pembinaan rumah dan pinjaman persendirian.

Pinjaman ini tidak termasuk bantuan sara hidup dan pinjaman lain yang disediakan FELDA berjumlah RM2,313.16 juta atau RM2.3 Billion. 


Pinjaman lain yang diberikan adalah seperti:
  • Pinjaman pembesaran rumah - RM665.01 juta
  • Skim Insentif Usahawan - RM87.60 juta
  • Pinjaman pelajaran - RM7.40 juta
  • Pinjaman komputer - RM9.66 juta dll

Sehingga kini FELDA telah mendahulukan bantuan sara hidup bagi peneroka menanam semula berjumlah RM1.4 Billion.
< Memang ada banyak lagi bantuan-bantuan dan insentif yang disediakan oleh FELDA. Bagaimana pula pihak yang sana tu boleh mangatakan FELDA muflis?! 

Pembentangan yang dilakukan oleh Ahmad Maslan telah menyebabkan pembangkang muflis idea untuk menyerang FELDA.

Kecur... meleleh air liur melihat jumlah kewangan yang diumumkan Ahmad Maslan. Sebab baru mereka tahu yang FELDA ini merupakan LUBUK EMAS negara. 

Sebab itu mereka berkempen bagai nak histeria bagi menawan Putrajaya. Dapat Putrajaya dapatlah lubuk emas tu.

Selama ini mereka tidak tahu kehebatan FELDA. 

Sebab itu strategi cuit-cuit untuk mendapat maklumat digunakan. Seperti laporan media pro-fitnah mereka mencuit mengatakan FELDA MUFLIS!.

Pihak FELDA pula tiada pilihan, mesti menunjukkan kewangan FELDA kepada umum bagi mengembalikan keyakinan peneroka.

Kami peneroka sudah boleh membaca modus operandi mereka. Sebab itu majoriti tidak segelumit pun kata-kata FITNAH bawaan pembangkang kami percaya.

Peneroka: "Jangan Cuba Hasut Kami"

Itulah yang disuarakan oleh para peneroka apabila media fitnah pro pembangkang cuba menyebarkan propaganda memburukkan institusi FELDA yang selama ini membela nasib kami peneroka.

Dari artikel sebelum ini sudah menerangkan mengenai dakyah yang disebarkan sebagai usaha meruntuhkan kepercayaan para peneroka terhadap FELDA. Cubaan mereka untuk memutarbelitkan fakta mengenai penetapan harga serta penggredan tandan sawit yang hanya berkesan sementara.

Dalam tahun ini juga mereka sudah memutarbelit, mengatakan FELDA sudah bankrap. Sebagai peneroka, pada mulanya terkejut dengan sebaran berita sebegini. Tapi setelah di teliti segala data dan maklumat kewangan dari FELDA. Semua sebaran itu ternyata FITNAH.

Jika individu itu diisytihar bankrap, secara teknikalnya dia akan dianggap mati. Ini kerana tiada urusan jual beli dapat dilaksanakan dan semua transaksi kewangan dianggap tidak sah atau terbatal.

Sesiapa yang pernah mengalami situasi bankrap akan memahami. Bila diisytihar muflis, segala akaun bank, aset, rumah, tanah dan kereta akan dibekukan. Atau paling teruk boleh dirampas. 

Semua urusan perundangan terhadap si muflis ini diputuskan mahkamah dengan di intergrasikan dengan Bank Negara.

Sekarang cuba fikirkan, kalau FELDA muflis bagaimana kami peneroka masih mampu menerima bayaran hasil sawit dari pihak FELDA sehingga ke hari ini. Bukan sekadar hasil sawit, malah bonus, elaun serta bantuan jutaan ringgit juga diterima daripada pihak FELDA.

Kalau syarikat anda muflis, adakah anda mampu nak bayar gaji, bonus, overtime, claim pekerja anda? Sudah tentu tidak. 

Pembangkang nampaknya semakin terdesak untuk terus memburukkan FELDA, namun satu persatu dakyah mereka disangkal oleh para peneroka sendiri.

Dalam keadaan gendang pilihanraya semakin kuat kedengaran, para peneroka kehairanan kerana tiba-tiba para pemimpin pembangkang meroyan menyebarkan fitnah kepada para peneroka. 

Mereka datang dengan jabat salam menghulurkan bantuan, tapi sebelah tangannya terlindung memegang pisau hanya menanti untuk menikam kita.

Itulah yang sudah berlaku dan para peneroka akan memastikan perkara begini tidak akan berlaku lagi selepas ini. 

Jadi "Jangan Cuba Hasut Kami".

Wednesday, October 12, 2011

Gerakan Menghasut Peneroka FELDA

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak cubaan untuk merosakkan institusi FELDA dari dalam. 

Kalau diperhatikan dari mula tertubuhnya FELDA pada tahun 1956 sehingga tahun 1980an tidak timbul sebarang isu kurang puas hati dikalangan peneroka.

Tiba-tiba selepas alaf baru, tahun 2000, pelbagai isu timbul dan untuk maklumat pembaca semua masalah bukan berpunca dari peneroka mahupun pihak dalaman FELDA itu sendiri. 

Tetapi berpunca dari anasir luar yang telah menyelinap masuk bagi memecahkan tembok kepercayaan peneroka terhadap pentadbiran FELDA. Jelas menunjukkan bahawa masalah yang timbul hanya lebih kepada salah faham serta terkeliru segelintir kecil peneroka kerana teracun oleh pihak lain.

Pihak anasir jahat ini telah membakul sampahkan pemikiran peneroka dengan mengatakan bahawa peneroka telah ditipu oleh pihak FELDA!

Mereka mengatakan kepada para peneroka di sesebuah tanah rancangan.  FELDA telah membeli harga tandan sawit mereka dibawah nilai sebenar dari sejak mula dibuka.

Mereka yang melakukan gerakan mengfitnah ini, turut mendakwa bahawa  pengredan tandan sawit tidak dilaksanakan dengan telus. 

Walaubagaimanapun majoriti para peneroka bijak meneliti dan tidak mempercayai dakyah terbabit, kerana mereka tahu segala yang dicanangkan oleh gerakan pengfitnah ini adalah tahyul serta FITNAH semata-mata.

Para peneroka tahu setiap isi kandungan perjanjian mengenai "Bayaran Kembali" (BK) dari mula kawasan rancangan dibuka.

Peneroka tahu proses peggredan yang dilakukan, serta proses pembayaran yang di laksanakan oleh FELDA.

Jika penipuan berlaku, mana mungkin mereka mampu menyara keluarga dengan keringat menjadi perintis kawasan rancangan. Mana mungkin kami peneroka mampu menghantar anak-anak kami belajar di Universiti.

Mereka juga tidak mungkin dapat menunaikan Ibadah Umrah atau Haji dan Ini semua kerana hasil keringat kami bersama FELDA dan kami amat berterima kasih kerana peluang yang diberikan.

Saturday, October 8, 2011

Durian Runtuh Untuk Seluruh Peneroka Felda


Koperasi Felda

Rasanya kita semua sebagai peneroka pasti gembira apabila FELDA dimasukkan dalam intipati Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hari ni.

Dalam bajet ni Najib umumkan ada satu lagi syarikat Felda yang akan disenaraikan ke Bursa Saham. Aku tengok memang bertepatan dengan perkembangan FELDA selama ini. 

Sebelum ini, syarikat gula MSM disenaraikan ke Bursa. Masa tu aku tengok, tak sampai sejam diniagakan, harga saham dah melonjak dari RM3 ke lebih RM4 seunit. Yang untung sudah tentu kita semua sebagai peneroka. 

Kali ini, Syarikat Felda Global Ventures Holdings (FGVH) pula dicadangkan ke Bursa Saham. Dengarnya dalam pertengahan tahun hadapan 2013.

Mungkin ramai peneroka dah nampak, ya lah. Bila dah disenaraikan, ramailah pelabur dalam dan luar negara yang akan letak duit melabur dalam FGVH ni. Ini bermakna dana bernilai jutaan ringgit akan terbentuk apabila disenaraikan. 

Kita peneroka sebagai, pemilik saham melalui Koperasi Permodalan FELDA akan merasa tempias pulangan keuntungan melalui dividen kelak. 

Serampang dua matalah kiranya. Untung dividen MSM kita dapat, untung dividen FGVH pun kita dapat jugak. Alhamdulillah syukur.

Ini semua berkat usaha dan kesabaran para peneroka yang merupakan nadi penjana ekonomi negara terutama mereka yang menjadi perintis di dalam Felda. 

Harap pihak Felda dapat menyediakan program latihan mengenai saham ni. Sebab ramai para peneroka ni nak belajar melabur sendiri di Bursa Saham tu. 

Bukan nak tamak, cuma ilmu ni bersesuaian untuk warga Felda yang sudah berusia. Lagi pun aktiviti jual beli saham ini akan merancakkan ekonomi dan aliran tunai dalam negara. Mungkin lepas ni berduyun-duyun peneroka Felda akan berlabuh di bangunan Bursa Saham Kuala Lumpur yang kebiasaannya dikuasai oleh kaum lain.

Friday, October 7, 2011

Balai Sejarah FELDA




Ketika berkunjung ke Balai Sejarah Felda, fikiran mula menggambarkan suasana lesu, hambar dan bosan. Namun segalanya berubah apabila kehadiran saya di sambut oleh En Kamal yang telah membantu untuk memberi segala maklumat mengenai FELDA. 


En Kamal
Cara penjelasan satu-persatu mengenai Felda diterangkan dengan menarik oleh Kamal. Setiap gambar yang dipamerkan mempunyai cerita yang tersendiri. Oleh itu sekadar membaca penerangan ringkas pada gambar terbabit tidak mencukupi. Tunggu sahaja apabila beliau  menerangkan kisah disebalik setiap gambar. Anda pasti tertarik.


Selain daripada itu, balai yang telah beroperasi sejak 10 Julai 1987 ini mengandungi banyak alatan-alatan dan produk dipamerkan bagi memperkenalkan lebih terperinci mengenai Felda. Semua maklumat diletakkan setempat di aras bawwah, Wisma FELDA yang mempunyai keluasan 6,232 kaki persegi.
Antara Bahan Pameran


Segalanya boleh diterangkan oleh En Kamal yang boleh saya katakan sebagai "Wikipedia bergerak". Insyaallah beliau akan dapat kongsikan segala ilmu yang terpendam di benak fikirannya.




 BAHAN-BAHAN PAMERAN :
  • Pembangunan Awal Rancangan FELDA.
  • Lawatan Pembesar Luar Negara.
  • Teknologi Pertanian.
  • Aktiviti Syarikat Kumpulan FELDA.
  • Anugerah-Anugerah.
  • Aktiviti Peneroka/Penerokawati.
* Terdapat 6,665 Koleksi gambar
ARTIFAK :
  • Peralatan Pertanian.
  • Barang-Barang (SAWARI).
  • Alat-Alat Pementasan Bergerak (KUSENI).
  • Contoh Rumah Peneroka.
WAKTU DIBUKA :
  • Isnin – Jumaat
  • 8.00 Pagi - 5.00 Petang
  • Masuk PERCUMA