Thursday, March 17, 2011

Daripada 18 kes, 12 selesai dan Felda kalah 1 saja


Daripada 18 kes saman yang membabitkan Felda sehingga hari ini, 12 telah diselsaikan dan Felda hanya kalah satu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Mazlan.

Ahmad berkata demikian dalam jawapan bertulis kepda Ahli Parlimen Tumpat (PAS), Kamaruddin Jaafar di parlimen baru-baru ini. Katanya, enam lagi kes masih dalam proses perbicaraan.

Katanya kes yang tidak memihak kepada Feld itu membabitkan babitkan tuntutan peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan. Felda kalahpun disebabkan masalah teknikal kerana peguambela Felda tidak hadir pada hari perbicaraan.


Kata Ahmad Maslan,  kes Felda Kemahang 3 berhubung tuntutan penggredan jualan sawit berjumlah RM11.3 juta telah dilunaskan kepada peneroka yang terbabit.

Turut dibangkitkan oleh pembangkang di parlimen baru-baru ini ialah isu perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan perlantikan Isa Samad itu tidak jejas pasaran saham.

Dalam jawapan bertulisnya,  Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata: “Adalah tidak benar pelantikan Tan Sri Mohd Isa sebagai Pengerusi Felda akan menjejaskan pasaran saham dan ia tidak ada kaitan dengan jatuh naik pasaran saham,”

Perdana Menteri berkata pelantikan Isa sebagai pengerusi Felda adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau yang luas dalam bidang pentadbiran, pengurusan, kepimpinan dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan rakyat.

"Pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran, politik dan pembangunan komuniti adalah menepati kriteria sebagai pengerusi Felda yang secara langsung terlibat dalam urusan pembangunan Felda dan urusan peneroka.”

Dalam jawapan bertulis itu, Najib turut menjelaskan, Indeks Komposit (IK) pada 30 Disember tahun lalu ditutup pada paras 1518.91 mata dan telah didagangkan dalam jajaran 50 mata pada suku tahun keempat. Pada awal Januari lalu pula, kata beliau, IK telah dibuka pada paras 1524.53 mata dan ditutup pada paras 1533.42 mata, meningkat 14.51 mata berbanding pada akhir Disember tahun lalu.

Najib juga menjelaskan pada masa ini tiada anak-anak syarikat Felda yang tersenarai dalam pasaran saham dan permintaan terhadap komoditi utama Felda iaitu keluaran sawit  terus kukuh dan berdaya saing di pasaran antarabangsa.

Wednesday, March 9, 2011

To Know Felda Is To Love Felda

Pilihanraya Kecil (PRK) Kerdau minggu lalu yang dimenangi calon Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad seperti dijangka telah membuktikan sokongan pengundi di kalangan peneroka Felda kepada kerajaan masih utuh.

Apa tidaknya! Semua saluran mengundi membabitkan peneroka Felda dimenangi Ustaz Ibra. Di SK Jengka 25, calon BN mendapat 307 undi berbanding PAS yang hanya memungut 43.

Di SK Jengka 23, menerusi Saluran 1, calon BN mendapat 236 undi berbanding 95 oleh PAS, sementara di Saluran 2, BN mendapat 390 undi berbanding 133 oleh PAS. Di Saluran 3 pula BN mendapat 293 undi dan PAS hanya 177.

Di SK Jengka 22 pula, keputusan di Saluran 1 menyaksikan BN mendapat 182 undi berbanding PAS, 94. Manakala peti undi Saluran 2 memperlihatkan BN mendapat 224 dan PAS 94. Di Saluran 3 pula BN dapat 183 dan PAS 94.

Sungguhpun begitu, keputusan ini juga menunjukkan masih wujud lagi penyokong PAS di kalangan peneroka Felda. Untuk menjamin kemenangan pada masa akan datang, terutama PRU yang dengar khabarnya akan diadakan pada November tahun ini, Felda mesti lebih mendekatkan diri dengan peneroka.

Felda tidak harus mensisihkan penyokong-penyokong PAS. Sebaliknya adalah lebih baik ia menggunakan “reverse psychology” dengan cuba memahami mengapa mereka tidak menyokong BN. Apabila sudah tahu puncanya, carilah penyelesaian yang wajar untuk mengubah tanggapan negatif mereka terhadap Felda.

Saya sempat bersembang dengan beberapa peneroka di sana semasa musim PRK Kerdau. Ada berapa sebab mengapa sebilangan peneroka Felda tidak menyokong kerajaan. Banyak yang saya dengar ialah mereka bukan marah dengan kerajaan, tetapi dengan golongan tertentu dalam pengurusan Felda di peringkat bawahan dan pertengahan.

Ada yang marahkan pegawai Felda atau ketua peneroka di kawasan mereka yang sombong, tidak suka bergaul dan jarang “turun padang”. Ada yang marah kerana tidak puashati dengan hasil yang diperolehi kerana “kurang pemahaman” mengenai cara pembahagian.

Ada yang menolak kerajaan kerana termakan hasutan pembangkang. Ada pula sebilangan kecil yang betul-betul penyokong tegar pembangkang yang tidak akan mengubah pendirian walau apapun kita cakap.

Tetapi yang penting, Felda tidak boleh alpa, malah kena berusaha keras. Jika di peringkat pusat, BN menggalakkan pendekatan media baru, di kawasan peneroka pula, Felda kerana guna cara “old school”.

Felda tak perlu bergantung kepada ADUN, Ahli Parlimen atau Menteri tetapi kenalah kena buat inisiatif sendiri. . Berhubung rasa tidakpuashati peneroka, jika pegawai-pegawai peringkat bawahan dan pertengahan malas nak buat, apa salahnya pegawai-pegawai tinggi Felda berbuat demikian? 

Bukankah lebih elok melihat dan mendengar rungutan peneroka secara langsung, daripada bergantung kepada laporan pegawai-pegawai yang mungkin kurang tepat atau tidak sampai ke pengetahuan mereka?

Felda juga boleh menggunakan Unit Perhubungan Awam/Komunikasi Korporat/ untuk menganjurkan program-program sosial dan kemasyarakatan untuk komuniti Felda.

Antara program yang boleh dipertimbangkan ialah Kelas Celik IT,  kursus kepimpinan (untuk pemimpin di kawasan Felda), jahit/masak (untuk surirumah); usahawan (untuk yang minat berniaga), kem bina semangat (untuk belia), kem motivasi (untuk pelajar sekolah rendah/menenagah) serta bermacam-macam lagi. 

Apa salahnya juga kalau Felda menganjurkan rombongan membawa pelajar/belia/ibubapa Felda yang tidak pernah atau mampu keluar, untuk melawat ibupejabat Felda atau Putrajaya mahupun pejabat PM supaya mereka lebih peka dengan dunia luar?

Untuk penyebaran maklumat juga, memandangkan tidak semua kawasan “Jalur Lebar” di kawasan Felda dapat dimanfaatkan oleh semua golongan, Felda boleh menggunakan cara “old school” untuk menyebarkan maklumat kepada peneroka

Mereka boleh menerbitkan bulletin/akhbar mingguan atau bulanan yang intipatinya khusus mengenai Felda ke setiap 112,000 peneroka di seluruh negara. Penyebaran maklumat ini penting supaya mereka tahu apa yang sudah, sedang dan akan dibuat oleh Felda untuk komuniti peneroka, sekaligus menerapkan budaya membaca.

Jika Felda tidak mempunyai peruntukan menerbitkannya sendiri, mereka boleh menaja menaja akhbar tertentu yang mempunyai Sisipan berita mengenai Felda untuk diberikan percuma kepada semua 112,000 peneroka di seluruh negara. Cara ini boleh membantu masyarakat Felda lebih peka kepada usaha dan kejayaan Felda. 


Tambahan pula, penjualan banyak akhbar arus perdana pro-kerajaan semakin merosot kebelakangan ini kerana semakin kurang orang membeli dan membaca akhbar-akhbar ini, termasuk peneroka Felda. 

Felda tak perlu mengharapkan atau menunggu Adun atau Ahli Parlimen untuk melakukan itu semua kerana Felda boleh lakukan sendiri. Bak kata pepatah Arab – jika gunung tak datang kepada Muhammad, maka Muhammad akan datang kepada gunung.

Program Doktor Turun Ke Desa yang diilhamkan oleh mantan pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor adalah contoh terbaik bagaimana Felda boleh mendekatkan diri kepada peneroka. Felda boleh mengadaptasi pendekatan ini kepada program lain.

Mungkin selepas ini Felda boleh memikirkan program seperti “Guru Turun Ke Desa” pada musim cuti sekolah untuk memberikan tuisyen secara percuma, ataupun “Atlet Turun Ke Desa” dengan mengadakan karnival sukan bagi mempromosikan budaya hidup sihat di kalangan komuniti Felda. Dalam hal ini Felda boleh berkolaborasi dengan MSN yang mempunyai program mencari bakat di kalangan pelajar.

Bagi anak-anak peneroka yang meminati seni, mungkin Felda boleh menganjurkan "Artis Turun Ke Desa" dengan membawa pencipta lagu atau pemuzik untuk mengadakan bengkel mencipta lagu atau bermain muzik di kawasan Felda. Dalam hal ini Felda boleh berkolaborasi dengan Karyawan. 

Sebaik-baiknya Felda memilih artis-artis graduan yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang seperti M Nasir, Faizal Tahir, Dafi atau kumpulan Nasyid yang lahir daripada IPTA/IPTS.

Terdapat banyak cara untuk Felda mendekatkan diri dengan masyarakat. Felda tak perlu mempolitikkan program-program ini untuk mendekatkan diri dengan peneroka. 

Soal pokoknya apa yang perlu diberi perhatian oleh Felda selepas ini ialah Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR). 

Saya ingin cadangkan supaya Unit Perhubungan Awam atau Komunikasi Korporat Felda yang selama ini lebih tertumpu kepada menganjurkan majlis-majlis sosial dan glamour berkaitan pertubuhan itu supaya turun padang dan mendekatkan diri kepada masyarakat bagi menerapkan ke dalam benak fikiran mereka bahawa, To Know Felda Is To Love Felda.

Tuesday, March 1, 2011

PRK Kerdau - Tak ada idea, recycle fitnah lama

Semakin dekat PRK Kerdau, semakin galak pembangkang mensensasikan isu-isu kecil dan basi terutama berkaitan Felda. Alasannya mudah saja – mereka kehabisan idea, maka tiada cara lain kecuali “recycle” tuduhan-tuduhan lapok.


Terkini, mereka tuduh kerajaan tak pedulikan kebajikan peneroka Felda dan buat mereka macam hamba. Selepas itu mereka canangkan lagi angan-angan Mat Jenin kononnya jika berkuasa, mahu ambil tanah seluas 300,000 dari Felda Plantations dan beri kepada generasi kedua.

Betapa ceteknya pengetahuannya mereka mengenai Felda. Inilah akibatnya kalau tak buat “homework”. Pembangkang tak nampak ke, tak ambil tahu bahawa Felda Plantations itu milik peneroka juga. 

Pembangkang tak tahu ke peneroka melabur dalam Koperasi Pembangunan Felda? Pembangkang tak tahu ke pelabur golongan peneroka ini mempunyai 51% saham dalam Felda Plantations dan menerima dividen 14% setahun?

Pembangkang tak tahu ke, segala hasil daripada tanah seluas 330,000 hektar itu dikembalikan semula kepada peneroka dalam pelbagai bentuk seperti program kemahiran, pembangunan prasasana dan sebagainya?

Pembangkang tak tahu ke Felda memperuntukkan RM50 juta setiap tahun untuk program kemahiran untuk anak-anak peneroka? Pembangkang tak tahu ke sehingga kini Felda telah melatih 33,017 anak peneroka dalam program kemahiran itu?


Pembangkang tak tahu ke, sehingga tahun lalu Felda sudah meluluskan RM101.5 juta skim pinjaman pembesaran rumah kepada peneroka di Felda Wilayah Jengka? Pembangkang tak tahu ke, menerusi skim itu peneroka boleh meminjam sehingga RM40,000 untuk membesarkan atau membaik pulih rumah asal yang sudah berumur lebih 30 tahun lalu?

Nasihat saya kepada pembangkang, sebelum membuat tuduhan melulu, siasatlah dulu. Jika fakta tak betul, sendiri yang malu.

Saya lihat, setelah pembangkang gagal mempengaruhi pengundi dengan pelbagai cara, mereka gunakan pula taktik kotor dengan mencemari reputasi calon BN, Ustaz Ibra kononnya dia tidak habis belajar. Mereka berbuat demikian setelah mendapati rekod Ustaz Ibra dan isterinya, Ustazah Sharifah Farunai tiada cacat cela.

Alahai pembangkang, pengundi Kerdau terutama peneroka Felda, memang maklum Ustaz Ibra lebih berwibawa daripada calon PAS, Hassanuddin Salim, yang sudah kalah PRK dua kali dan dalam perjalanan melakukan hattrick (kalah kali ketiga berturut-turut)!